Monday, April 9, 2012

SUPP Hantar 2 Nama Calon Bertanding Di Miri

Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Miri akan menghantar dua nama untuk pencalonan bagi Kawasan Parlimen P.219 Miri untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti..Ini termasuk Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan Datuk Sebastian..

Namun percalonan ini bukan keputusan yang muktamad, sebaliknya terserah kepada pucuk pimpinan termasuk Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan yang terbaik.

Dikatakan, penyandang Datuk Seri Peter Chin sudi mengundur diri untuk memberi laluan kepada pemimpin muda jika perlu kerana calon yang dicadangkan iaitu Datuk Sebatian seorang yang disegani serta memberikan usaha dan kerja yang cemerlang dalam membantu kerajaan hingga ke peringkat akar umbi untuk berkhidmat kepada rakyat..

Apa-apa pun yang lebih penting ialah calon yang dipilih kelak harus bertanggungjawab dan bekerja keras bagi memastikan rakyat mendapat kepuasan dan kesenangan dari segi membangunkan kemudahan dan infrastruktur serta perpaduan yang utuh....

Belia Harus Positif

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Senator Gan Ping Sieu menggesa agar semua pemimpin belia harus memainkan peranan lebih fleksibel dan efisien dalam memastikan golongan itu tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum (PRU13)..Ini kerana kemungkinan pembangkang turut menjadikan belia sebagai sasaran untuk meraih undi pada PRU13 kelak.

Jadi beliau menasihati pemimpin belia mendekati golongan sasar kerana pembangkang akan menyebarkan pelbagai hasutan dan dakyah supaya belia terpengaruh dengan ideologi mereka..

LawasBoy berpendapat tindakan menteri ini amat bertepatan kerana golongan ini adalah yang akan menjadi tulang belakang sesebuah kerajaan, namun setiap belia juga seharusnya di beri ruang untuk memerhati dan berfikir secara posotif kerana belia juga mempunyai hak untuk mengetahui dasar-dasar kerajaan...belia Malaysia perlu bijak menepis godaan dan memberi ruang dan peluang kepada siapa yang patut mengurus tadbir negara dengan berkesan dan berjaya...' say no to RasuaH'..

PAS Hina Iban Seketika Dulu...

Tindakan parti PAS yang ingin akan meletakkan calonnya berbangsa Iban di kerusi Parlimen Sibuti pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang hanyalah gimik politik semata-mata untuk menarik sokongan pengundi Iban.

Namun apa yang pasti, tindakan PAS itu hanya akan menjadi sia-sia kerana kaum Dayak khususnya masih lagi mengingati penghinaan terhadap kaum itu oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada pilihan raya kecil Batang Ai pada April 2009, di mana presiden PAS itu mengatakan pengundi Iban berpihak kepada Barisan Nasional (BN) kerana mereka masih memakai cawat.

Bagi LawasBoy, walaupun kenyataan itu hanyalah politik namun penghinaan terhadap sesuatu bangsa boleh mengakibatkan terjadinya isu perkauman..Apa yang pasti orang-orang Iban tidak pernah lupa penghinaan presiden PAS itu kepada Iban selepas pilihan raya kecil Batang Ai pada 2009.


     “Pengundi Iban jauh lebih bijak daripada Hadi. Tambahan ideologi PAS tidak akan diterima oleh Dayak. Oleh  itu PAS tidak akan berjaya di kawasan Dayak - Masing"


Turun Padang Patut Di lakukan

Seorang pemimpin tertinggi BN di Sarawak menggesa agar calon Barisan Nasional (BN) yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak harus membuktikan kewibawaan dan kebolehan bekerja untuk rakyat. Dikatakan pemimpin tersebut juga mahu semua calon BN harus turun padang dan mendekati rakyat jika berhasrat untuk menang pilihan raya.

Bagi LawasBoy gesaan ini amat perlu kerana sekarang bukan masa untuk berjanji sahaja sebaliknya ia adalah masa yang tepat untuk mendekati dan memenuhi keperluan rakyat menjelang PRU..Selain itu juga wakil-wakil rakyat ini seharusnya meneruskan sentuhan pembangunan kerajaan yang belum lagi terlaksana sepenuhnya..jangan hanya pandai bercakap tetapi kerja langsung tak bergerak..

Apa-apa pun wakil rakyat sekarang harus meneruskan usaha mendekati rakyat dan melihat apa keperluan mereka serta dalam masa sama melunaskan janji-janji kerajaan serta menyakinkan penduduk bahawa di bawah pentadbiran BN taraf hidup rakyat akan terus meningkat....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...