Thursday, May 17, 2012

Pan Borneo Jadi Lebuh Raya Berkembar??

Agaknya memang ada kebenaran jalan raya berkembar perlu dibina di sepanjang Sarawak dan Sabah..walaupun dikatakan kuantiti kenderaan terlalu sikit namun ianya perlu bagi menghubung sesebuah bandar dengan bandar dan memastikan keselamatan pengguna jalan terjamin..

Kalau di lihat dengan mata kasar atau halus agak mendukacitakan keadaan jalan sedia ada iaitu pan borneo..pernah sekali rakan Lb datang dari Tanah Malaya mengeluh kerana perjalanan dari Kuching ke Miri memakan masa yang agak lama sehingga 12 jam..selain jalan yang sempit, terpaksa juga melalui jalan yang agak teruk dan berlubang serta kena memperlahan kenderaan kerana jalan tersebut digunakan oleh lori-lori berat..

Kalau dikatakan kurang kenderaan menggunakan jalan sedia memang diakui sebab jalan sempit dan merbahaya, siapa yang hendak membawa kenderaan sendiri menggunakan jalan tersebut..lain la kalau dibina jalan berkembar bukan saja 100 buah kenderaan malah lebih dari 1000 mungkin sebab bila dah besar dan selamat mesti ramai penduduk sekitar akan menggunakan jalan tersebut lebih-lebih lagi boleh sampai Kuching atau Tawau..

Jadi kenyataan ADUN Pelawan ada benarnya bahawa kualiti Jalan Pan Borneo perlu dipertingkatkan segera dengan pembinaan laluan berkembar kerana disebabkan keadaan jalan itu yang tidak baik dan berbahaya ramai pengguna kehilangan nyawa apabila terlibat dalam kemalangan.

Dadah Berkuasa Di Lawas,Limbang??

Wah!nampaknya gejala dadah ni makin meruncing ketika ini..dalam satu kenyataan yang dibahaskan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), ADUN Ba'kelalan mendakwa penglibatan remaja dalam kegiatan penyalahgunaan dadah di Limbang dan Lawas menunjukkan peningkatan membimbangkan kerana ramai remaja dicekup kerana ketagihan dadah kerana bekalan bahan larangan itu terutamanya syabu boleh didapati dengan mudah di bahagian-bahagian itu.

Difahamkan keperluan dadah jenis syabu ini mudah didapati dan boleh dibeli dengan bebas di pasar sayur dengan dibungkus dengan baik dalam penyedut minuman bersaiz pendek dengan harga RM50 sebungkus..agaknya kalau jadi 'tauke' syabu dan menjual sayur rasa dapat ni beli hummer..patutla kalau LawasBoy balik kampung ramai yang segar-segar jer..hehehe..ramai gak yang sering berkungjung ke pasar..beli sayur fresh katakan..haha..

Namun pendedahan yang tidak disangka-sangka ialah pembabitan pihak polis dan pelajar-pelajar sekolah yang menjadi penagih dadah dan ini amat membimbangkan dan seharusnya mendapat perhatian serius daripada pihak berwajib seterusnya menuntut siasatan terperinci dilakukan..Apa yang LawasBoy tahu mengenai penggunaan dadah jenis ini memang telah lama berlaku,sebelum LB bertugas di KL lagi..Bukan hendak menuding jari kepada sesiapa namun penyalahgunaan dadah jenis syabu ini tidak dapat dibendung dengan mudah...




Jalan Berlubang,Tindakan??

Penduduk tempatan dan pengguna khususnya dari negara jiran Brunei Darussalam yang melalui jalan menuju ke Pos Imigresen Tedungan, Limbang melahirkan rasa kebimbangan dengan keselamatan mereka apabila terpaksa melintasi jalan berlubang dan rosak di kawasan berkenaan.

Kerosakan jalan di sepanjang kawasan itu menyaksikan beberapa lubang besar terbentuk ekoran hujan lebat selain kerap dilalui kenderaan berat.

Lebih menyedihkan tiada tanda amaran awal diletakkan di kawasan jalan tersebut sebagai peringatan kepada orang awam dan pengguna jalan.

Malah, menurut mereka keadaan bertambah rumit pada waktu malam kerana keadaan jalan yang gelap akibat ketiadaan lampu jalan yang menerangi kawasan di sepanjang jalan tersebut.

Seorang pengunjung yang juga penduduk dari Brunei, berkata kerosakan jalan yang agak teruk itu hampir membuat beliau mengalami kemalangan dan belum ada tindakan yang diambil pihak berkaitan untuk menyelenggara dan membaiki kerosakan jalan tersebut..

Apa sudah jadi dengan pihak berwajib..ini boleh mencacatkan sistem pentadbiran kerajaan negeri yang tidak melakukan sesuatu untuk memastikan keadaan di negara kita dalam keadaan yang selesa..apatah lagi tempat ini bersempadan dengan negara jiran Brunei Darussalam yang sering menggunakan jalan darat untuk mengunjungi bandar-bandar utama di kepulauan Borneo seperti Kota Kinabalu, labuan dan beberapa bandar yang kaya dengan hasil semulajadinya..Jangan hanya membaiki jalan bila ada pilihan raya sahaja...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...