Wednesday, April 4, 2012

PAS Letak Calon Iban Di Sibuti

Wah!!nampaknya parti PAS Sarawak ada 'formula baru' apabila akan meletakkan calon Iban untuk bertanding di kerusi Parlimen Sibuti pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menurut Presiden PAS Sarawak calon Iban itu seorang profesional yang bekerja di Kuala Lumpur.

PAS ingin meletakkan calon berbangsa Iban di kawasan Parlimen Sibuti kerana mendapat sokongan pengundi Iban dalam pilihan raya negeri tahun lepas...Ini juga mendorong PAS meletakkan calon Iban kerana banyak pengundi Iban di situ.

Kampung Tegarai Tiada Liputan Telekomunikasi

Terletak hanya sekitar 20 kilometer dari pusat bandar Limbang, lebih 300 penduduk di Kampung Tegarai di sini merasakan hidup seperti ‘terkebelakang’ akibat ketiadaan liputan jaringan telekomunikasi yang dirasaikan penting khususnya ketika berdepan kes kecemasan.

Bagi mereka tanpa liputan jelas untuk ‘menghidupkan’ fungsi telefon bimbit serta talian rumah, mereka seperti jauh ketinggalan kerana kesukaran berhubung dengan dunia luar.

Adapun liputan telefon, ia tidak dapat digunakan kerana hanya liputan antarabangsa dari negara jiran Brunei senang diakses di kampung tersebut yang terletak bersebelahan daerah Temburong, Brunei Darussalam.

Lawasboy berpendapat selari dengan keperluan dan kehendak dunia urban dan global, jaringan telefon amat diperlukan bukan saja ketika kecemasan, tetapi juga dalam pelbagai keadaan.

Masalah yang membelenggu penduduk kampung ini perlu diambil perhatian sewajarnya kerana sukar sekiranya penduduk mahu mendapatkan bantuan sekiranya berlaku kes-kes kecemasan...

Tolak Fitnah Pembangkang

Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat mengajak rakyat di Sarawak ini agar menolak segala fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) sebaliknya beliau menyeru rakyat terus berdiri teguh di belakang kerajaan sedia ada.

Menurutnya, segala fitnah pembangkang terhadap kerajaan BN selama ini sebenarnya tidak melemahkan semangat pemimpin BN sebaliknya meniupkan lagi semangat pemimpin BN untuk terus bekerja keras untuk rakyat.

Katanya, perbuatan pembangkang menabur fitnah terhadap kerajaan BN adalah sia-sia sahaja dan membuang masa dan mereka ini (pembangkang) tidak mampu membawa perubahan dan pembangunan kepada rakyat,” ujarnya.

Bagaimana dakwaan pihak pembangkang itu betul dan ada bukti menunjukkan ada peyelewengan atau salah guna kuasa serta menimbulkan syak wasangka yang melibatkan tadbir urus di dalam sesebuah parlimen tersebut????? perlukan kami sebagai rakyat yang menyintai tanah tumpah kami ini mengundi pihak pembangkang jika ada perkara tersebut berlaku ???adakah pihak pemerintah sedia ada akan mendengar rintihan penduduk-penduduk yang tinggal di pedalaman??Bagaimana pula dengan janji-janji untuk menyediakan pelbagai infrastruktur bagi memberi keselesaan kepada penduduk pedalaman yang sehingga kini masih tidak kelihatan..memang di ketahui pelaksanaannya akan memakan masa yang lama namun sampai bilakah ia akan dilaksanakan?

Saya sebagai rakyat jati Lawas sentiasa mengambil berat dengan sosial dan ekonomi daerah lawas..harap kali ini janji-janji akan di tunaikan..apa yang penting bagi rakyat lawas ialah air bersih, Hospital dan pembinaan jalan raya yang konkrit...

P/s LawasBoy tidak suka dengan sikap pemimpin yang hipokrit dan hanya suka mendabik dada. Tidak suka pada pemimpin yang 'bias' dan tidak ikhlas memperjuangkan permasalahan rakyat yang inginkan kepuasan daripada pembangunan negara.(just pandangan saya)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...