Monday, March 19, 2012

Dompok Denies Bumburing Has Left UPKO

United Pasokmomogun KadazanDusun Murut (UPKO) president Tan Sri Bernard Dompok has broken his silence on the persistent rumour that his deputy, Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing, has left the party.

“That is not true, he is a personal friend of mine and the party’s deputy. In fact I have just spoken to him and he is astounded that there is this type of talk being circulated by people,” the Penampang member of parliament said.

Dompok who is also Plantation Industries and Commodities Minister added, “it is just a rumour which is incorrect”.

PRU13 Pada 3 Jun?

Kerajaan Malaysia sedang membincangkan kemungkinan mengadakan pilihan raya awal pada Mei atau Jun, sebelum penggal tamat pada awal 2013, demikian menurut empat pegawai yang enggan dikenali kerana perbincangan diadakan secara sulit.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual berucap pada 26 Mac kepada kira-kira 4,000 kakitangan Kementerian Penerangan yang membantu menyelia pilihan raya, kata pegawai kerajaan tersebut.

Satu tarikh yang dicadangkan bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ialah 3 Jun, demikian menurut para pegawai itu.

PRU13: 3 Jun Tidak Sesuai, Tidak Sensitif Sarawak, Sabah

Sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dipilih untuk diadakan pada 3 Jun, ia seolah-olah tidak menghormati Sabah dan Sarawak yang menyambut perayaan Hari Gawai dan Kaamatan pada awal bulan tersebut.

Menurut Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, tarikh 3 Jun adalah tidak sesuai sama sekali kerana tidak memikirkan perasaan dan hati orang Sarawak dan Sabah.

“Jadi kalau Sabah dan Sarawak dianggap simpanan tetap kepada BN, jangan adakan pilihan raya pada 3 hari bulan,” katanya kepada pemberita pada majlis minum pagi bersama penduduk Kampung Bako Hulu, di sini, semalam.

Taib Mahu BN Menang Besar

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mahukan semua parti komponen Barisan Nasional (BN) di negeri ini bersedia dengan memaksimumkan kekuatan untuk mendapatkan kemenangan dengan majoriti lebih besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

“Pilihan raya akan tiba, dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) kini telah melupakan apa jua perkara dan kami mahu menang untuk BN.

“Saya gembira SPDP juga begitu. Inilah masanya untuk anda memaksimumkan kekuatan dalam parti anda.

“Saya percaya kerajaan boleh memperolehi lebih majoriti,” ujarnya dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Ke-9 SPDP di Dewan Suarah Bintulu semalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...