Tuesday, May 15, 2012

Guna Sidang DUN Untuk Kepentingan Politik??

Beberapa ADUN di Sarawak mendakwa pihak pembangkang mungkin menggunakan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini untuk kepentingan politik lebih-lebih lagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan diadakan namun sudah siap bersedia untuk menangkis segala tohmahan pembangkang..

Dikatakan pihak pembangkang terutama Parti Tindakan Demokratik akan membangkitkan isu berkaitan alam sekitar dan tanah..apa pun yang cuba diketengahkan oleh parti pembangkang ianya bukan isu baru malah dikatakan isu lama dan lapuk..Seorang ADUN memberitahu isu yang akan dimainkan oleh pembangkang kebiasaannya isu peribadi atau serangan peribadi..

Apa pun yang dilakukan oleh pembangkang ianya adalah mainan politik dan ini merupakan satu persaingan yang biasa dalam kancah politik..kalau tidak ada pembangkang macam mana parti pemerintah akan menjalankan kerja..tak kan nak goyang kaki jer kan..yang paling penting ikhlas dan jujur bila menjadi wakil rakyat...

Kekalkan Penyandang @ Sebaliknya..

Parti Rakyat Sarawak (PRS) mengambil keputusan untuk mengekalkan penyandang kerusi Parlimen Julau Datuk Joseph Salang Gandum untuk mempertahankan Barisan Nasional (BN) di kerusi berkenaan walaupun ada segelintir pihak meminta agar beliau (Salang) digugurkan kerana dilihat sebagai bukan lagi calon boleh menang.

Presidennya Tan Sri James Masing berkata parti itu akan mempertahankan keputusannya walaupun mendapat bantahan dan memastikan Salang kekal dalam barisan calon parti untuk Pilihan Raya Umum (PRU) yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.

“Ada pihak yang mencadangkan kepada kami supaya menggugurkan penyandang kerusi ini (Julau) dan mencalonkan muka baharu tetapi berdasarkan penilaian dan tinjauan kami di peringkat akar umbi, beliau (Salang) adalah calon boleh menang.

“Justeru bagi kami, beliau adalah calon terbaik untuk mempertahankan kerusi ini bagi BN. Ahli lain dalam BN yang berpendapat sebaliknya harus memberi sokongan sepenuhnya kepada calon ini bagi memastikan kemenangan untuk BN,” katanya.


SWP Sapu Kerusi PRS??

Parti Pekerja Sarawak (SWP) yakin menang di semua kerusi milik Parti Rakyat Sarawak (PRS) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan datang.

Calon SWP bagi kerusi Parlimen Kanowit Ellison Ludan memberitahu, rakyat kini inginkan perubahan dan mahukan parti baharu mentadbir.

“Kalau dilihat pada trend sekarang, rakyat khususnya golongan belia mahu perubahan iaitu menukar pemimpin yang terlalu lama berkhidmat.

“Ini kerana mereka yang terlalu lama menjadi wakil rakyat adalah tidak baik serta boleh menyalahgunakan kuasanya.

“Saya tidak bermaksud memburukkan sesiapa, tetapi perkara ini memang benar. Jika terlalu lama menjadi wakil rakyat atau pemimpin, seseorang itu dapat dilihat akan menyalahgunakan kuasanya.

“Oleh itu, SWP percaya rakyat akan memberi sokongan kepada kami kerana kami adalah sebuah parti baharu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...