Tuesday, September 4, 2012

Ding Diganti Dalam PRU??

“Masyarakat di Parlimen P208 Sarikei tidak sewajarnya mempercayai khabar angin bahawa terdapat individu tertentu atau calon baharu yang bakal menjadi calon Barisan Nasional (BN) daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) untuk mengantikan saya,” kata Ding Kuong Hiing.

Ding juga yang merupakan Ahli Parlimen P208 Sarikei turut berkata, berita seperti itu tidak sewajarnya dipercayai oleh masyarakat kerana pada masa kini, terdapat pelbagai cara dan langkah pihak tertentu untuk memutar-belitkan sesuatu perkara bagi mengelirukan masyarakat, terutama menjelang musim pilihan raya.

“Dewasa ini era masyarakat berpolitik adalah sangat bijak dan sentiasa menggunakan setiap peluang yang ada dengan sebaik dan sebijaknya.

“Jadi berdasarkan situasi tersebut, masyarakat yang kerap menjadi sasaran keadaan juga harus bijak dan peka dalam menilai sesuatu perkara agar mereka tidak diperalatkan oleh pihak terbabit demi kepentingan diri.

“Dalam menentukan siapakah calon yang bakal bertanding di kerusi Parlimen Sarikei biarlah pucuk kepimpinan parti yang menentukan dan mengumumkannya serta bukan menerusi konsep melobi diri menjelang musim pilihan raya,” katanya.


Syarat Masuk Perkhidmatan Awam Harus Dilonggarkan

Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam (SKMTPA) harus melonggarkan syarat kemasukan lepasan sekolah ke perkhidmatan awam melibatkan penjawat dari Sarawak dan Sabah.

Aktivis Sosial Wan Zain Syed Mohdzar berkata, dengan melonggarkan syarat kemasukan itu maka lebih ramai yang layak dapat menduduki jawatan-jawatan terbabit.

Beliau berkata pertimbangan itu boleh dilakukan kerana tahap (standard) pelajaran yang diperolehi pelajar dari negeri ini dan Sabah tidak sehebat ma-na dibandingkan dengan pelajar di Semenanjung Malaysia.

Kita amat bersetuju calon-calon dari Sarawak dan Sabah diberi kelonggaran dalam menilai kemasukan mereka menjawat perkhidmatan awam,” katanya mengulas kenyataan Pengerusi SKMTPA Tun Zaki Tun Azmi dalam akhbar Rabu lalu.

Wan Zain yang juga Presiden Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) Cawangan Sarawak berkata jika pertimbangan itu dilakukan sudah tentu indeks pengangguran di kalangan lepasan SPM/PMR akan menurun.

Beliau berkata pengangguran lepasan IPTA/IPTS juga me-ningkat, kerana jawatan di mana mereka yang layak ditawarkan kepada calon-calon dari Semenanjung Malaysia.

Ini memperlihatkan kerajaan persekutuan tidak sensitif dengan aspirasi serta semangat penggabungan Sarawak dan Sabah dalam Malaysia,” kata-nya.


Jangan Bangkit Isu Negatif

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tunku Jaafar menegah rakyat di negara ini membangkitkan isu negatif yang boleh menimbulkan huru-hara sebaliknya memainkan peranan positif ketika di ambang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Tambahnya, kerajaan menyokong setiap perubahan namun ia harus dilakukan dengan cara yang lebih bertamadun.

Lagipun rakyat Malaysia penuh ketatasusilaan dan setiap agama menyeru umatnya untuk menolak perkara yang buruk.

Cuba kita lihat sebagai contoh, bendera Amerika Syarikat (AS) tidak pernah ditukar dan gambar Presiden Obama tidak pula dipijak-pijak oleh rakyatnya kerana mereka adalah orang yang bertamadun, hilang ketamadunan harus dielakkan..


PR-BN, Satu Lawan Satu

Pakatan Rakyat (PR) tidak mahu memberi laluan mudah untuk Barisan Nasional (BN) memenangi mana-mana kerusi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan memberi saingan secara terus atau satu lawan satu.

Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli memberitahu, saingan satu lawan satu walaupun sengit namun lebih mudah untuk PR menguji ‘kekuatan’ dan memberi kelebihan serta peluang kepada PR.

“Kita tidak akan memberikan laluan yang mudah kepada BN dan yang penting ialah satu lawan satu dengan BN dan kemudian rakyat akan menyaksikan kelak satu perubahan yang besar dalam PRU akan datang,” ujar beliau dengan nada yakin.

Dr Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai memberitahu, jentera PR di Semenanjung Malaysia kelak akan turun ke Sarawak dan Sabah juga, bagi memberi semangat kepada calon-calon mereka di sini dan memastikan kemenangan berpihak kepada PR.


Memperkecilkan Kerajaan Menyerupai Taktik Komunis: Jabu

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu berkata taktik yang digunakan oleh parti pembangkang untuk meraih sokongan penduduk rumah panjang dengan mendakwa mereka boleh memberi khidmat lebih baik dan memperkecil-kecilkan kejayaan kerajaan, menyerupai taktik yang digunakan oleh pengganas komunis di negeri ini pada tahun 1960-an dan 1970-an.

Ini hampir sama seperti komunis ketika era pemberontakan yang mencuri beras dari sebuah rumah panjang dan mendakwa sebagai kepunyaan mereka, sebelum memberi beras itu kepada rumah panjang lain,” katanya.

Jabu berkata beliau tahu benar taktik komunis untuk meraih sokongan memandangkan beliau ditugaskan selama dua tahun dengan Markas Keselamatan Kawasan Rajang (Rascom), sebuah entiti kerajaan yang ditubuh pada 1970-an untuk memerangi pengganas komunis di bahagian Sibu, Sarikei dan Kapit di Sarawak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...