Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan akan bertanding di 10 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak, sementara menunggu kata sepakat Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berhubung kerusi yang wujud pertindihan tuntutan.
Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian berkata, setakat ini mereka akan memberi tumpuan terhadap kerusi yang sudah pasti bakal ditandingi mereka.
“Kami belum dapat mengumumkan kerusi-kerusi tersebut secara rasmi dan saya rasa anda dapat teka,” katanya ketika dihubungi semalam.
Baru berkata, kali ini parti akan lebih realistik dengan meletakkan fokus di kawasan yang mampu menang sahaja.