Wednesday, July 25, 2012

Mawan Terdiam Bila Judat Berundur

Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Tan Sri William Mawan Ikom memilih untuk berdiam diri buat sementara waktu.

“Saya hanya akan memberi kenyataan apabila tiba masanya,” katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sekiranya matlamat perjuangan parti sebagai parti pemerintah di Sarawak akan terjejas dengan hanya seorang wakil rakyat Dewan Undangan Negeri sahaja yang tinggal.

Mawan, yang juga ADUN Pakan merupakan wakil rakyat DUN tunggal di SPDP selepas penarikan diri oleh ADUN Meluan Wong Judat.

Judat yang juga Naib Presiden SPDP membuat kenyataan untuk meninggalkan SPDP dan menyertai Parti Pekerja Sarawak (SWP) selepas majlis Pentas Rakyat SWP di Kanowit malam Sabtu lepas.


Judat Tak Bermaruah..

Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan Wong Judat keluar Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan menyertai Parti Perja Sarawak (SWP) adalah tidak bermaruah.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) Abdul Karim Rahman Hamzah berkata sebaliknya tindakan Judat itu seperti bermain kayu tiga.

Abdul Karim yang juga Menteri Muda Perumahan dan Pembangunan Belia, berkata rakyat akan menentukan kedudukan dan masa depan wakil rakyat terbabit pada pilihan raya nanti.

“Dalam konteks Barisan Nasional (BN) kita perlu akur dengan prinsip-prinsip dan perjuangan parti, bukannya mengikut kehendak diri sendiri,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Abdul Karim berkata tindakan Judat keluar parti itu ternyata tidak memiliki kredibiliti yang unggul sebagai seorang ahli politik berjiwa rakyat.


Bekas Pemimpin BN Penting Diri??

Seorang Ahli Parlimen di Sarawak menasihati beberapa pemimpin veteran yang sebelum ini pernah menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan kini bertindak menentang kerajaan BN agar melupakan hasrat mereka itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti..ini kerana beberapa pemimpin BN sebelum ini seperti Datuk Sng Chee Hua, Jawah Gerang dan Donald Lawan mengajak rakyat menentang kerajaan BN.

Tindakan mereka ini menurut beliau harus diberhentikan kerana sepatutnya mereka ini harus membantu BN menaik taraf hidup rakyat bukannya mengajak rakyat menentang BN..Selain itu beliau juga menasihati para tuai rumah dan rakyat di kawasan beliau agar berhati-hati dengan tindakan segelintir pihak yang sedang meracuni pemikiran rakyat menerusi kempen yang dilancarkan mereka ketika ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...