Wednesday, May 30, 2012

Kebangkitan SWP...

Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP) Larry Sng menyifatkan SWP sebagai platform untuknya bangkit semula dalam arena politik di negeri ini setelah sekian lama tidak berparti.

Menurutnya yang juga Penasihat Belia di Pejabat Ketua Menteri, masa depan politiknya sebelum ini kian pudar setelah menghadapi krisis dengan Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Bagaimanapun, ia tidak menghalang saya sebelum ini berkhidmat kepada rakyat.

Meskipun bukan bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus lagi, Ketua Menteri sambil disokong oleh Perdana Menteri telah melantik saya sebagai penasihatnya dalam soal belia di pejabatnya.

Mereka berdua (Ketua Menteri dan Perdana Menteri) sangat baik kepada saya sehingga memberikan peluang saya untuk bekerja dengan mereka.

Kepercayaan mereka berdua masih tinggi terhadap saya. Cuma politik cemburu PRS yang ‘membunuh’ saya selama ini namun saya ‘hidup’ kembali sekarang..


PRS Vs SWP, Siapa Menang??

Parti Rakyat Sarawak (PRS) diberi jaminan tidak bersendirian dalam menentang Parti Pekerja Sarawak (SWP) yang mengesahkan bakal bertanding di enam kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Jaminan itu dinyatakan oleh Setiausaha Agung BN Sarawak Datuk Dr Stephen Rundi Utom semalam berikutan pemilihan bekas ADUN Pelagus Larry Sng sebagai Presiden SWP menerusi mesyuarat agung di Sibu kelmarin.

SWP menurut Larry adalah rakan kepada BN kecuali PRS.

“Prinsip BN tidak ada istilah menjadi rakan BN tetapi menentang satu parti komponen.

“Kami (BN) akan menentang sesiapa yang menentang mana-mana parti komponen,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata BN enggan terbabit dengan pihak yang mungkin mempunyai agenda bersifat peribadi.

Parti-parti komponen BN yang lain katanya akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada PRS dalam usaha mempertahankan enam kerusi Parlimen terdiri daripada Sri Aman, Lubok Antu, Julau, Kanowit, Selangau dan Hulu Rajang.


Okey Ker Guru Berpolitik??

Warga pendidik yang mahu terlibat dalam bidang politik diingatkan agar berpegang teguh kepada etika keguruan tanpa mengira fahaman dan pegangan politik mereka.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata, meskipun telah diberi kelonggaran untuk melibatkan diri dalam bidang politik, mereka harus ingat bahawa mereka adalah seorang profesional.

Kelonggaran itu memang diberikan untuk melibatkan diri dalam politik tetapi mesti memohon kebenaran daripada pihak kementerian terlebih dahulu.

Dalam pada itu warga pendidik harus ingat bahawa mereka adalah seorang pro-fesional yang wajib berpe-gang teguh kepada etika keguruan tidak kira fahaman dan pegangan politik mereka.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...