Monday, July 30, 2012

DAP Cabar SUPP Isu Rasuah

Setiausaha DAP Negeri Chong Chieng Jen mencabar SUPP tampil membuat pendirian mereka berhubung indeks persepsi rasuah antarabangsa kerajaan Malaysia yang jatuh kepada kedudukan 60 pada 2011 berbanding 37 pada 2003.

Beliau memberikan tempoh tiga hari kepada tiga calon berpotensi SUPP, Kaunselor Tan Kai, Pengerusi MPP Lo Khere Chiang dan Wilfred Yap untuk menjelaskan sama ada pemimpin Barisan Nasional (BN) menyumbang kepada kejatuhan itu.

“Apa pendapat SUPP terhadap perkara ini? Kedudukan Malaysia terus jatuh dan jelaskan sama ada pemimpin BN menyumbang kepada perkembangan tidak sihat ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di sini semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Parlimen Bandar Kuching itu turut mencabar tiga pemimpin SUPP berkenaan berhubung isu pemberian kontrak baik pulih bangunan dan jambatan yang dimonopoli oleh syarikat milik pemimpin dan keluarga BN.

Katanya, 6,000 ekar tanah kerajaan diberikan kepada syarikat milik pemimpin BN pada harga yang murah dan apa pendirian SUPP atas perkara itu.


Jangan Terpangaruh Dengan Pemimpin Iban Dalam SWP

Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat mengingatkan pengundi di kawasan Parlimen Sri Aman terutama di luar bandar agar tidak mudah terpengaruh dengan kempen politik pemimpin Iban dalam Parti Pekerja Sarawak (SWP) ketika ini.

Menurutnya, dakwaan SWP adalah rakan mesra Barisan Nasional (BN) adalah tidak benar sama sekali.

Dengan menyatakan bahawa mereka (SWP) adalah mesra BN maka rakyat terutama dari kawasan luar bandar dalam Parlimen Sri Aman akan terus bertindak menyokong mereka.

SWP bukan BN. Tujuan SWP menghebahkan SWP mesra rakyat untuk mengelirukan rakyat semua, lagipun kerancakan pembangunan yang berlaku ketika ini adalah satu bukti hasil usaha gigih kerajaan BN selama ini..


Insuran Bagi Pengundi SWP...

Tindakan Parti Pekerja Sarawak (SWP) memberi insurans nyawa kepada setiap ahli yang menyertai SWP adalah semata-mata untuk memancing undi supaya rakyat memberi sokongan kepada parti tersebut..itu adalah kenyataan salah seorang Ahli Parlimen di Sarawak dan merasakan tindakan SWP itu hanya janji palsu memandangkan setakat ini belum ada sebuah parti di dunia ini yang memberi insurans nyawa kepada setiap ahli yang menyertai parti berkenaan.

Menurut YB tersebut SWP akan berjanji memberi insurans nyawa berjumlah RM15,000 kepada setiap ahlinya yang meninggal dunia adalah tidak benar sama sekali, ini kerana sekiranya benar, kenapa SWP tidak memberi insurans nyawa kepada salah seorang warga tua yang meninggal dunia di Rumah Nading, Sebangki Pandak, Lubok Antu yang meninggal dunia selepas pemimpin-pemimpin SWP berceramah di rumah panjang itu pada 22 Julai lalu..

Jadi kalau benar SWP mahu bagi insuran nyawa..buktikan!!!


Polis Bimbang??

Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) menjadi kebimbangan utama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan keselamatan negara terkawal daripada tindakan eksploitasi oleh pihak ekstremis politik.

Hakikat itu menurut salah seorang pegawai tertinggi polis di cawangan khas terdapat pihak yang menjadikan masjid sebagai platform untuk menghasut bagi menghadapi PRU yang akan diadakan tidak lama lagi.

Bagi LawasBoy kenyataan pegawai polis tersebut memang ada benarnya memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum dan agama, jika tidak dijaga dan dikawal daripada eksploitasi oleh pihak ekstremis sosial, agama dan politik, ia mungkin akan memudaratkan keselamatan negara.




Galak Kanak-Kanak Merokok?

Apa sudah jadi???

Ketika Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sibuk berkempen untuk mengurangkan jumlah penghisap rokok di negara ini, ada pula sesetengah pihak yang cuba menggalakkan aktiviti yang kurang sihat ini di peringkat kanak-kanak.

Menurut sumber yang dipercayai beberapa kedai runcit dan kedai serbaneka di sini semalam mendapati hampir kesemua premis yang dilawati ada menjual Smoke Candy atau gula-gula rokok untuk kanak-kanak.

Gula-gula yang dijenamakan dengan jenama-jenama rokok yang terkenal seperti Marlboro, Kent, Camel dan rokok 888 ini disusun bersama-sama produk makanan lain untuk kanak-kanak.

Untuk menarik minat orang membeli gula-gula ini, Smoke Candy ini dibungkus menyerupai corak dan reka bentuk rokok sebenar yang berada di pasaran.

Dimuatkan lima batang ‘rokok’ dengan harga serendah 30 sen setiap kotak memang tidak mustahil untuk gula-gula jenis ini menjadi kegilaan golongan kanak-kanak yang mahu berketerampilan seperti orang dewasa.

Lebih membimbangkan keadaan, Smoke Candy dan beberapa lagi gula-gula berjenama terkenal yang dipercayai diimport dari negara China tidak mempunyai sebarang label nutrisi termasuk kelulusan daripada mana-mana pertubuhan berdaftar di Malaysia.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...