Wednesday, May 16, 2012

Perkahwinan Sesama Keluarga, Betulker???

Baru-baru ini, sebuah akhbar tabloid telah menyiarkan laporan mengenai isu perkahwinan sesama ahli keluarga membabitkan suku kaum Penan..tindakan akhbar ini telah menyebabkan ketidakpuasan hati di kalangan-kalangan rakyat Sarawak khususnya bagi orang Penan sendiri..kerana didakwa laporan tersebut tidak bernas sama sekali..

Terbaru kenyataan maaf dari pihak akhbar terbabit dikatakan tidak ikhlas kerana tidak disiarkan di muka depan akhbar..pada masa itu salah seorang pegawai tertinggi dalam kabinet negeri Sarawak mendakwa laporan berita ini hanyalah satu andaian dan yang sengaja disensasikan oleh pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang suka memanipulasikan kaum Penan.



Harian Metro Tidak DiMaafkan

Persatuan Pembangunan dan Pendidikan Masyarakat Penan Sarawak (PADE) tidak puas hati dengan permohonan maaf yang disiarkan Harian Metro semalam kerana ia seolah-olah tidak ikhlas.

Presiden PADE Ezra Uda berkata sepatutnya permohonan maaf itu disiarkan pada muka surat depan dan bukan di halaman 9 yang menunjukkan sikap acuh tak acuh pihak terbabit.

Susulan berita bertajuk ‘Ibuku Isteriku, Bapaku Suamiku’ disiarkan Metro Ahad pada 13 Mei lepas, persatuan berkenaan turut meminta Harian Metro mengemukakan permohonan maaf secara bertulis kepada mereka.

Katanya beliau kesal dengan laporan itu kerana ia akan memberi persepsi negatif masyarakat umum terhadap kaum Penan.

“Oleh yang demikian kami sebagai kaum Penan, pendukung dan penyokong masyarakat Penan amat kecewa dan sakit hati dengan cara pelaporan wartawan Harian Metro yang tidak beretika dan tidak bertamadun,” katanya menerusi kenyataan media semalam.

Ezra berkata lagi kenyataan itu juga hendaklah disiarkan di surat khabar utama berbahasa Malaysia.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...