Tuesday, August 14, 2012

PR Tetap Bersatu

Pakatan Rakyat (PR) tetap bersatu meskipun setiap tindakan dan rancangan mereka sering dikritik Barisan Nasional (BN) terutama membabitkan Buku Jingga.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kritikan daripada BN tidak memberi masalah sebaliknya terus memberi semangat kepada PR untuk mengadaptasi isi kandungan buku terbabit.

Menurutnya, gabungan PR merangkumi PKR, Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan PAS berpegang kepada elemen kepercayaan bukannya kejutan.

Apa yang kami rancang dalam Buku Jingga sudah dikaji sedalam-dalamnya oleh gabungan PR dengan strategi yang difikirkan perlu.

Kami hanya bercakap (merancang) mengenai Malaysia Baharu dengan sistem kerajaan yang mempunyai agenda terkini,” katanya ketika menyampaikan ceramah awam pada Pentas Rakyat di sini, malam kelmarin.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...