Wednesday, November 21, 2012
A Parent's Love - I Cried After Watching This... - YouTube
A Parent's Love - I Cried After Watching This... - YouTube
maafkan aku mama dan papa sbb aku x menjadi anak yg baik selama ni..maafkan aku anak2 sbb aku x menjadi seorang ayah yang baik..
maafkan aku mama dan papa sbb aku x menjadi anak yg baik selama ni..maafkan aku anak2 sbb aku x menjadi seorang ayah yang baik..
Belum Ada Rancangan Bina Klinik Baharu Di Ngemah
Kerajaan belum mempunyai perancangan untuk membina klinik baharu di dua kawasan konstituensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ngemah, iaitu di Nanga Dap atau Nanga Ngemah.
Menteri Muda Kesihatan Awam Dr Jerip Susil berkata, ia memandangkan Hospital Kanowit dan Klinik Kesihatan Nanga Ngungun masih mampu menyediakan perkhidmatan kesihatan baik kepada kedua-dua kawasan berkenaan.
“Sehingga kini, belum ada perancangan untuk membina klinik baharu di Nanga Dap dan Nanga Ngemah memandangkan Hospital Kanowit dan Klinik Kesihatan Nanga Ngungun masih mampu menyediakan perkhidmatan kesihatan baik.
Anugerah Untuk Wira Dipertimbangkan
Pemberian anugerah atau penghargaan kepada golongan yang dianggap wira termasuk mereka yang menyelamatkan mangsa kemalangan mungkin boleh dipertimbangkan.
Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata, ia bagi memastikan sikap bertanggungjawab dan berperikemanusiaan berkenaan terus menjadi contoh kepada anggota masyarakat lain.
“Anugerah atau penghargaan seperti ini, satu perkara yang boleh difikirkan bersama. Ini kerana kita mahu dalam usaha membangunkan modal insan, kita juga mahu rakyat kita mempunyai nilai-nilai positif,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.
Fatimah berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan akhbar baru-baru ini berhubung tiga sahabat yang menyelamatkan seorang le-laki dari keretanya yang terbakar selepas terbabit kemalangan di Batu 7, Jalan Penrissen di sini, Khamis lepas.
Kesedaran Kesihatan Dan Keselamatan PKS Sarawak Masih Rendah
Kesedaran mengenai aspek kesihatan dan keselamatan dalam kalangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Sarawak masih terlalu rendah berbanding PKS di Semenanjung Malaysia.
Pengarah Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (OSH) Negeri, Mohd Hatta Zakaria yang mendedahkan perkara itu berkata, tidak ada satu pun PKS di negeri ini mencapai Gred A, B atau C semasa program Pelan Induk Penambahbaikan OSH Dalam PKS yang dijalankan dari Januari hingga Jun tahun ini.
Menurutnya, hanya 37 peratus PKS di Sarawak mencapai Gred D, manakala 63 peratus lagi Gred E dan kedua-dua gred itu berada di bawah paras memuaskan.
“Kesedaran dalam kalangan pemain-pemain PKS mengenai aspek kesihatan dan keselamatan di tempat kerja mereka sangat rendah dan untuk mengatasi perkara ini, kami telah menganjur dan merancang aktiviti-aktiviti termasuk menyebarkan maklumat mengenai kesihatan dan keselamatan pekerjaan menerusi kaedah ‘pintu ke pintu,’ projek payung dan pendaftaran berterusan,” jelasnya.
Kerajaan Tidak Akan Tunduk
Kerajaan Sarawak tidak akan tunduk dengan desakan pakatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahu pelaksanaan projek hidro-elektrik (HEP) di negeri ini dihentikan.
Menteri Kemajuan Tanah Tan Sri Dr James Jemut Masing berkata, projek itu adalah demi kepentingan dan masa depan Sarawak yang akan bergantung kepada sektor perindustrian.
“(Pakatan) NGO berhak untuk berbuat apa yang mereka mahu, tetapi saya rasa sebab di sebaliknya adalah tidak berapa munasabah untuk kita (kerajaan) pertimbangkan dengan serius.
“Anda harus ingat bahawa HEP adalah tenaga boleh diperbaharui paling bersih yang boleh dimiliki kerana saya rasa kita tidak boleh bergantung kepada tenaga angin dan solar sebab ia tidak akan mampu menampung kapasiti diperlukan,” katanya ketika ditemui di lobi Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan berita atas talian berhubung pakatan NGO Sarawak yang mahu pelaksanaan projek empangan mega dihentikan di negeri ini kerana menjejaskan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).
Subscribe to:
Posts (Atom)
Isu Politik Semasa
Followers
Blogroll
Archive
-
▼
2012
(715)
-
▼
November
(277)
-
▼
Nov 21
(31)
- BERNAMA - Harimau Malaya Perlu Tampil Garang Pada ...
- BERNAMA - BN Akan Berusaha Habis-Habisan Pertahan ...
- Elaun Khas RM350 Kakitangan Awam Ijazah @ Diploma?
- Khalwat Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM)? | Be...
- Info : Kenapa Spender Lelaki Dijual Dalam Kotak, P...
- Rumah Hantu Terbesar Dan Paling Seram Di Dunia
- Kenaikan Pangkat Penjawat Awam Secara “Time Base”?
- Pengundi wanita penting bagi PRS
- Kejadian ‘nyapat’ ruai amat memalukan
- ‘Nyapat’ bertentangan adat Iban
- Ibu tunggal rayu tindakan elak banjir kilat berula...
- Masyarakat Kenyah masih perlu Jacob – BorneoPost O...
- Kerajaan negeri tiada rancangan miliki syarikat pe...
- Don´t judge too quickly (The best 1) - YouTube
- A touching commercial that rubs the deepest part o...
- A Parent's Love - I Cried After Watching This... -...
- Heart touching video about a perfect father - YouTube
- Extraordinary Pantene Commercial ♥ Violin ♥ 2012 -...
- SAPP: Warga asing dapat Mykad tetapi warga tempata...
- Syarikat digalak tambah penerbangan ke Sarawak – B...
- 6 Tip Elak Mengantuk di Pejabat (Menarik!)
- Nelayan Malaysia Membawa Pulang Ikan Mirip Naga (V...
- Tiga usul pembangkang ditolak – BorneoPost Online ...
- » Rajagobal: Pengkritik Harimau Malaya hanya tahu ...
- Ustazah Berzina Dengan Lelaki Ketika Suami Di Mekah
- » Senarai Pemain Kelantan 2013 | Sokernet
- Doa untuk Palestina, Gaza & Semua Kaum Muslimin
- Belum Ada Rancangan Bina Klinik Baharu Di Ngemah
- Anugerah Untuk Wira Dipertimbangkan
- Kesedaran Kesihatan Dan Keselamatan PKS Sarawak Ma...
- Kerajaan Tidak Akan Tunduk
-
▼
Nov 21
(31)
-
▼
November
(277)