“Masyarakat di Parlimen P208 Sarikei tidak sewajarnya mempercayai khabar angin bahawa terdapat individu tertentu atau calon baharu yang bakal menjadi calon Barisan Nasional (BN) daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) untuk mengantikan saya,” kata Ding Kuong Hiing.
Ding juga yang merupakan Ahli Parlimen P208 Sarikei turut berkata, berita seperti itu tidak sewajarnya dipercayai oleh masyarakat kerana pada masa kini, terdapat pelbagai cara dan langkah pihak tertentu untuk memutar-belitkan sesuatu perkara bagi mengelirukan masyarakat, terutama menjelang musim pilihan raya.
“Dewasa ini era masyarakat berpolitik adalah sangat bijak dan sentiasa menggunakan setiap peluang yang ada dengan sebaik dan sebijaknya.
“Jadi berdasarkan situasi tersebut, masyarakat yang kerap menjadi sasaran keadaan juga harus bijak dan peka dalam menilai sesuatu perkara agar mereka tidak diperalatkan oleh pihak terbabit demi kepentingan diri.
“Dalam menentukan siapakah calon yang bakal bertanding di kerusi Parlimen Sarikei biarlah pucuk kepimpinan parti yang menentukan dan mengumumkannya serta bukan menerusi konsep melobi diri menjelang musim pilihan raya,” katanya.
No comments:
Post a Comment