Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat mengajak rakyat di Sarawak ini agar menolak segala fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) sebaliknya beliau menyeru rakyat terus berdiri teguh di belakang kerajaan sedia ada.
Menurutnya, segala fitnah pembangkang terhadap kerajaan BN selama ini sebenarnya tidak melemahkan semangat pemimpin BN sebaliknya meniupkan lagi semangat pemimpin BN untuk terus bekerja keras untuk rakyat.
Katanya, perbuatan pembangkang menabur fitnah terhadap kerajaan BN adalah sia-sia sahaja dan membuang masa dan mereka ini (pembangkang) tidak mampu membawa perubahan dan pembangunan kepada rakyat,” ujarnya.
Bagaimana dakwaan pihak pembangkang itu betul dan ada bukti menunjukkan ada peyelewengan atau salah guna kuasa serta menimbulkan syak wasangka yang melibatkan tadbir urus di dalam sesebuah parlimen tersebut????? perlukan kami sebagai rakyat yang menyintai tanah tumpah kami ini mengundi pihak pembangkang jika ada perkara tersebut berlaku ???adakah pihak pemerintah sedia ada akan mendengar rintihan penduduk-penduduk yang tinggal di pedalaman??Bagaimana pula dengan janji-janji untuk menyediakan pelbagai infrastruktur bagi memberi keselesaan kepada penduduk pedalaman yang sehingga kini masih tidak kelihatan..memang di ketahui pelaksanaannya akan memakan masa yang lama namun sampai bilakah ia akan dilaksanakan?
Saya sebagai rakyat jati Lawas sentiasa mengambil berat dengan sosial dan ekonomi daerah lawas..harap kali ini janji-janji akan di tunaikan..apa yang penting bagi rakyat lawas ialah air bersih, Hospital dan pembinaan jalan raya yang konkrit...
P/s LawasBoy tidak suka dengan sikap pemimpin yang hipokrit dan hanya suka mendabik dada. Tidak suka pada pemimpin yang 'bias' dan tidak ikhlas memperjuangkan permasalahan rakyat yang inginkan kepuasan daripada pembangunan negara.(just pandangan saya)
No comments:
Post a Comment