Thursday, May 17, 2012

Jalan Berlubang,Tindakan??

Penduduk tempatan dan pengguna khususnya dari negara jiran Brunei Darussalam yang melalui jalan menuju ke Pos Imigresen Tedungan, Limbang melahirkan rasa kebimbangan dengan keselamatan mereka apabila terpaksa melintasi jalan berlubang dan rosak di kawasan berkenaan.

Kerosakan jalan di sepanjang kawasan itu menyaksikan beberapa lubang besar terbentuk ekoran hujan lebat selain kerap dilalui kenderaan berat.

Lebih menyedihkan tiada tanda amaran awal diletakkan di kawasan jalan tersebut sebagai peringatan kepada orang awam dan pengguna jalan.

Malah, menurut mereka keadaan bertambah rumit pada waktu malam kerana keadaan jalan yang gelap akibat ketiadaan lampu jalan yang menerangi kawasan di sepanjang jalan tersebut.

Seorang pengunjung yang juga penduduk dari Brunei, berkata kerosakan jalan yang agak teruk itu hampir membuat beliau mengalami kemalangan dan belum ada tindakan yang diambil pihak berkaitan untuk menyelenggara dan membaiki kerosakan jalan tersebut..

Apa sudah jadi dengan pihak berwajib..ini boleh mencacatkan sistem pentadbiran kerajaan negeri yang tidak melakukan sesuatu untuk memastikan keadaan di negara kita dalam keadaan yang selesa..apatah lagi tempat ini bersempadan dengan negara jiran Brunei Darussalam yang sering menggunakan jalan darat untuk mengunjungi bandar-bandar utama di kepulauan Borneo seperti Kota Kinabalu, labuan dan beberapa bandar yang kaya dengan hasil semulajadinya..Jangan hanya membaiki jalan bila ada pilihan raya sahaja...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...