Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Douglas Uggah berkata, sehingga 3 April lepas, 79.24 peratus projek di Sarawak telah siap, 13.74 peratus sedang dalam pembinaan dan 7.02 peratus lagi belum bermula.
Kesemua projek berkenaan telah diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa kunjungan ke Sarawak sebelum ini.
“Projek yang belum bermula seperti Jambatan Batang Sadong bernilai RM200 juta sekarang berada dalam proses tender dan penilaian.
Menurutnya, isu peruntukan tidak dibelanjakan dengan betul adalah tidak berasas kerana projek dilaksanakan secara berperingkat.
“Sebab itu saya ingin beritahu rakyat bahawa semua janji dibuat pucuk pimpinan kita dilaksanakan dan berjalan lancar.
“Projek-projek yang diluluskan adalah untuk menyelesaikan masalah rakyat,” ujarnya.
Beliau berkata, ini jelas membuktikan pimpinan Barisan Nasional (BN) bukan hanya pandai menabur janji tetapi turut melaksanakan setiap yang dijanji.
No comments:
Post a Comment