Beberapa penduduk dari tiga rumah panjang iaitu Rumah Jali, Rumah Sayun dan Rumah Nyegang di daerah Marudi mendakwa wakil rakyat mereka mengabaikan mereka..Penduduk di situ mendakwa, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi itu tidak mengambil berat terhadap keperluan mereka jauh sekali untuk menjenguk mereka..Selain itu bantuan yang diharapkan oleh penduduk akibat daripada rumah panjang mereka yang musnah terbakar tidak berjaya dan wakil rakyat tersebut juga dikatakan tidak begitu mesra apabila dihubungi...
Ini la salah satu sikap wakil rakyat yang begitu mengejar nama dan pangkat, bagaimana hendak mengundi beliau lagi kalau sikap sebegini yang ditonjolkan..pengundi-pengundi sebenarnya yang menjadikan seseorang itu mendapat nama..kalau bukan pengundi yang memberi kemenangan kepada beliau sudah tentu wakil rakyat tersebut tidak menikmati kesenangan yang mereka rasai sekarang..
Apa-apa pun LawasBoy mohon selepas ini pengundi berealistik dalam memilih calon wakil rakyat dalam pilihan raya akan datang bagi mewakili suara mereka..jangan silap memilih kerana janji-janji sewaktu berkempen akan menjadi angan-angan..
No comments:
Post a Comment