Friday, April 27, 2012

Bank Data Kerajaan Dan Dasar Diwujudkan...

Persatuan Media Sosial Sarawak (PMSS) bercadang mewujudkan bank data yang mengandungi maklumat tepat berkaitan kerajaan dan dasarnya.

Presiden PMSS Wan Abdillah Edruce Wan Abdul Rahman berkata maklumat-maklumat tersebut boleh digunakan oleh pengamal media sosial untuk disebarkan menerusi blog, Facebook, Twitter dan media sosial lain.

Sambil memberitahu, PMSS yang ditubuhkan pada tahun lepas mengamalkan konsep ‘berhubung dan terbabit’.

“Maklumat yang terdapat dalam bank data itu adalah yang telah dipastikan kesahihannya.

“Ada beberapa kes yang menunjukkan pengamal media sosial tidak memeriksa kesahihan dan terus menyebarkannya.

“Situasi demikian menyebabkan orang ramai yang membaca media sosial mempercayai dan beranggapan ia adalah benar walaupun pada hakikatnya ia salah,” katanya ketika dihubungi, semalam.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...