Penyandang kerusi Parlimen P218 Sibuti Ahmad Lai Bujang dilihat tidak akan gentar berhadapan dengan calon pembangkang pada pilihan raya akan datang.
Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.61 Bekenu Kaunselor Jamali Basri berkata, sesiapa pun calon pembangkang yang berhasrat untuk merampas kerusi yang dipegang oleh calon Barisan Nasional (BN), maka BN tidak akan memberi laluan mudah kepada mereka.
“Kami tidak akan memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk merampas kerusi kami sebaliknya kamiakan mempertahankan ia secara berhabis-habisan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Jamali memberitahu, pembangkang akan menggunakan seribu satu cara untuk meraih sokongan termasuk memanipulasi isu-isu yang boleh menimbulkan kemarahan rakyat.
“Sudah pasti kerajaan mempunyai strategi tersendiri untuk menangkis kenyataan palsu pembangkang dan kami akan kerap turun padang memberi maklumat sebenar kepada rakyat,” jelasnya.
No comments:
Post a Comment