Seorang menteri muda di kabinet Sarawak berkata kerajaan hanya akan memberi keutamaan kepada rakyat yang menyokong Barisan Nasional (BN) dalam agihan peruntukan dan projek-projek pembangunan dan pendirian itu bukan perangkap untuk rakyat menyokong BN tetapi ia adalah kenyataan dalam politik pembangunan negeri..beliau juga berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk menyokong mana-mana pihak yang mereka suka, tetapi kenyataannya peruntukan adalah terhad dan ia amat diperlukan oleh mereka yang menyokong BN.
Selain itu juga beliau berpendapat jika tidak mahu BN… dan ia hanya adil bahawa apa jua yang Barisan (Nasional) berikan kepada anda diberikan kepada mereka yang menyokong Barisan (Nasional)..
Hahahaha..macam satu ugutan saja..apalah punya wakil rakyat mempunyai pemikiran sebegini..kena ingat juga bahawa pengundi tak mengundi kerajaan sebab ada kepincangan dalam pemilihan calon yang hanya cakap tak serupa bikin..macam kata kawan-kawan saya di Lawas,'siuk sendiri saja'..
Bagi saya sebagai pemerintah kita kena juga membantu mereka untuk menarik kembali kepercayaan mereka terhadap kerajaan dan di minta agar wakil rakyat yang terpilih dari kerajaan seharusnya bekerja lebih keras tanpa memilih bulu..biar kerja kita ikhlas membantu, itu yang lebih penting..sebab kita rakyat yang membantu dalam menjanakan ekonomi dari segi cukai..
P/s siapa cakap rakyat tak setuju dengan kerajaan..semua setuju cuma sikap kepimpinan sahaja yang membuat rakyat mual dengan sikap dan kerenah wakil rakyat yang sudah tidak dapat membantu rakyat setelah sekian lama diberi mandat..fikir-fikirkan la...
No comments:
Post a Comment