Tumpuan harus diberikan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan bukannya membuat kenyataan terbuka mengenai masalah dalaman parti.
Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Sibu Dato Sri Wong Soon Koh berkata, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Peter Chin harus berhenti memberitahu media mengenai perkara berkenaan.
“Datuk Seri Peter Chin pasti sudah berjumpa Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein).
“Saya juga ada bertemu dengan mereka bukan sahaja sekali tetapi dua kali dan kami diberi arahan untuk melakukan apa yang patut.
“Kami diarahkan untuk menumpukan Pilihan Raya Umum dan mengetepikan masalah parti,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Khas Untuk Rakyat di sini, semalam.
No comments:
Post a Comment