Bila agaknya lapangan kapal terbang yang baru akan diwujudkan di Lawas bagi menggantikan lapangan terbang yang lama dan naif?
Bagi penduduk asal lawas, saya merasakan sudah tibanya kerajaan menyediakan kemudahan tersebut bagi memudahkan perjalanan dan kesenangan..walaupun sudah ada lapangan terbang namun tidak cukup dan berbahaya juga katakan..lapangan terbang sedia ada hanya mampu menampung pendaratan pesawat kecil seperti Twin-Otter menyebabkan perhubungan udara yang terhad.
Selain itu juga, lapangan sedia ada juga berdekatan dengan sungai Lawas yang mana kalau dikatakan banjir jadinya lapangan tersebut juga kelihatan seperti sungai kerana air sungai akan memasuki kawasan tersebut..jadi cadangan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan untuk membina lapangan kapal terbang baru amat dinanti-nantikan..
No comments:
Post a Comment