Rakyat di kontituensi Sibuti diingatkan tidak membiarkan diri mereka menjadi mangsa hasutan pembangkang menerusi penyebaran luas siaran Radio Free Sarawak.
Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata pembangkang akan menjadikan radio itu sebagai senjata untuk merosakkan pemikiran rakyat menjelang pilihan raya.
“Kerajaan tidak perlu berbuat sedemikian hanya ingin meraih sokongan rakyat sebaliknya ia hanya satu strategi pembangkang untuk menghasut rakyat supaya berpihak kepada mereka,” katanya ketika ditemui semalam.
Beliau memberitahu, pembangkang akan terus mencuba pelbagai cara untuk mengekalkan kepercayaan penyokong mereka meskipun sebahagiannya sudah beralih arus kepada gelombang biru.
“Kita lihat sendiri Perdana Menteri begitu yakin bahawa sokongan rakyat di bawah pentadbiran pembangkang semakin pudar dan mereka kini beralih arah kepada Barisan Nasional,” katanya.
Tambahnya, penyebaran luas Radio Free Sarawak adalah satu virus yang perlu dihindari rakyat setempat bahkan ia mampu merosakkan akal waras para pendengar.
“Tidak dinafikan bahawa kita mudah terpengaruh dengan perkara yang tidak elok namun jika kita berfikir secara waras dan rasional, hasutan sedemikian tidak akan mengubah pendirian kita,” tegasnya.
No comments:
Post a Comment