Lebih daripada 400 penduduk Kampung Sandong, Jalan Stephen Yong di sini terpaksa berdepan dengan masalah bunyi bising, habuk dan bau minyak tar dari dua buah kilang berdekatan sejak lebih lima tahun lepas.
Pembukaan kilang premix dan kilang bancuh simen berdekatan dengan jalan utama kampung berkenaan ternyata menimbulkan banyak masalah kepada penduduk, selain tiga masalah ketara itu.
Ketua Kampungnya Pawi Yuni berkata, bantahan terhadap pembinaan kilang premix itu telah dikemukakan pada tahun 2007 kepada pihak berkaitan, namun ia tidak membuahkan hasil.
Katanya, ekoran pembukaan kilang tersebut, penduduk bukan sahaja berdepan dengan bunyi bising, habuk dan bau minyak, malah keadaan jalan menjadi rosak serta parit tidak diselenggara dengan sempurna.
“Apa yang paling membimbangkan kami ialah keadaan di mana simen yang telah dibancuh tertumpah ke atas jalan raya dan tidak dibersihkan oleh pihak kilang.
No comments:
Post a Comment