Wednesday, May 9, 2012

Rugi Sokong Pembangkang

Sokongan rakyat kepada pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang mampu melenyapkan beberapa hak istimewa mereka termasuk bantuan kerajaan.

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata rakyat yang memberi kepercayaan kepada pembangkang pada pilihan raya lalu kemungkinan sudah merasai keperitan mendapatkan bantuan.

“Pembangkang tidak mempunyai peruntukan kekal seperti kerajaan Barisan Nasional (BN) dan atas alasan itu, mereka tidak mampu menunaikan janji kepada rakyat,” katanya ketika ditemui semalam.

Sebagai contoh katanya, pembangkang tidak dapat menyediakan geran projek kecil luar bandar (MRP) untuk pertubuhan atau kampung-kampung untuk menjalankan aktiviti.

“Jika sebelum ini mereka dapat menjalankan pelbagai aktiviti melalui geran MRP, namun sebaik sahaja mereka memilih pembangkang, hak keistimewaan itu turut terhapus,” ujarnya.

Menurutnya, pertubuhan atau persatuan yang sebelum ini turut aktif menjalankan aktiviti disebabkan adanya peruntukan, namun keadaan itu berubah serta-merta sebaik menyokong pembangkang.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...