Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok yakin tidak ada lagi pemimpin mahupun ahli parti itu bertindak keluar parti seperti dilakukan Timbalan Presidennya Datuk Seri Wilfred Bumburing.
Bercakap kepada media semalam, beliau berkata keyakinan itu diluahkan kerana menyedari ahli-ahli parti sedia maklum hala tuju perjuangan UPKO selama ini serta yakin Barisan Nasional (BN) sahaja dapat menyelesaikan masalah rakyat Sabah walaupun terpaksa mengambil masa.
“Setahu saya tidak ada lagi pemimpin mahupun ahli akan meninggalkan UPKO kerana mereka tahu dan sedar apa yang saya panggil sebagai ‘perjuangan UPKO’.
“Saya tidak menjangkakannya walaupun ada spekulasi mengenai perkara itu tetapi sekali lagi ingin saya katakan Malaysia adalah negara yang bebas, boleh menyertai mana-mana parti yang kita inginkan… masih ada juga orang mahu menyertai kita (UPKO),” katanya.
No comments:
Post a Comment