Kerajaan diminta memperkenalkan polisi pengangkutan awam darat nasional yang bertujuan antara lain, untuk membantu pengusaha bas ekspres dan henti-henti di negara ini.
Presiden Persatuan Bas Se-Malaysia (PMBOA) Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata tanpa dasar yang jelas ditambah dengan keadaan kewangan syarikat bas yang lemah, ramai pengusaha bas tidak pasti apa yang perlu dilakukan untuk mempertahankan perniagaan mereka.
Pengusaha bas kini tidak berani untuk melabur modal tambahan dalam syarikat tanpa polisi seumpama itu.
Mohamad Ashfar berkata sehingga kini rata-rata pengusaha bas tidak pasti sama ada kerajaan mahu mengambil alih operasi perkhidmatan bas atau menyerahkan operasi perkhidmatan itu kepada pihak swasta.
Dalam pada itu, PMBOA turut mencadangkan supaya kerajaan meluluskan kenaikan tambang bas sebanyak 30 peratus berbanding tambang semasa untuk bas yang beroperasi di kawasan berbukit seperti Genting Highlands.
No comments:
Post a Comment