Monday, September 10, 2012

Tolak Anasir-Anasir Luar

Rakyat diingatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir luar kerana dikhuatiri akan menggugat keharmonian dan kemesraan yang mengukuhkan semangat perpaduan kaum yang dikecapi selama ini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin meminta rakyat untuk mempertahankan keamanan, kestabilan serta keharmonian sejajar dengan seruan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Usahlah kita mendengar anasir-anasir tidak baik yang sekadar untuk kepentingan diri sendiri malah hanya hadir semasa pilihan raya dan akan menghilang apabila pilihan raya berakhir,” jelasnya.

Chin yang juga Ahli Parlimen Miri menyeru agar keharmonian serta perpaduan akan berterusan menjadi milik rakyat di sini.

Beliau berharap semoga kehormanian dikecapi sekarang akan berterusan dan dipupuk agar ia berkekalan demi masa depan generasi akan datang.

Sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kerajaan Barisan Nasional semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak lama lagi juga penting, bagi memastikan agenda kemajuan dan pembangunan yang dikecapi berterusan serta memberi manfaat kepada seluruh rakyat di kawasan Parlimen P. 219 Miri khususnya,” jelasnya.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...