Jawatankuasa Pusat (CC) menggesa semua cawangan agar menghantar aduan terhadap Dato Sri Wong Soon Koh dalam tempoh dua minggu untuk siasatan sebelum dirujuk kepada Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).
Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, pihaknya masih mengumpul sebanyak mungkin aduan berhubung Wong dan individu-individu lain yang terlibat untuk dirangkumkan sebelum dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin.
“Kita tidak boleh mengabaikan suara pihak lain, tetapi aduan-aduan ini mesti berasas.
“Justeru, kami menggesa semua cawangan untuk menghantar sebarang aduan yang berasas kepada Jawatankuasa Disiplin parti untuk siasatan dan tindakan sewajarnya,” katanya.
No comments:
Post a Comment