Selamat Pagi dan Salam Satu malaysia..pagi ini saya mulakan dalam ruangan blog saya mengenai penyingkiran dua ahli politik dalam parti salah satu parti terkuat dalam komponen BN Sarawak iaitu SUPP(Parti Rakyat Bersatu Sarawak)..
Kedua-dua ahli tersebut di pecat serta-merta atas kesalahan disiplin, manakala seorang lagi ahli parti tersebut yang juga merupakan ADUN akan mengetahui nasibnya selewat-lewatnya ujung bulan ini atas kesalahan yang sama..
Difahamkan jawatankuasa disiplin parti tersebut membuat keputusan tersebut kerana salah seorang daripada yang disingkirkan itu tidak mematuhi amaran parti agar tidak melobi calon untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang..Tindakan itu dikatakan menentang calon-calon yang telah dicadangkan oleh kepimpinan pusat dan menyebabkan kekeliruan dalam kalangan ahli dan orang ramai tentang orang atau pihak yang bertanggungjawab memilih calon untuk bertanding di tujuh kerusi diperuntukkan kepada SUPP.
Manakala seorang lagi didapati melanggar arahan Setiausaha Agung parti agar membentuk jawatankuasa baharu bagi SUPP Cawangan Bintangor.
No comments:
Post a Comment