SRI AMAN: Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Datuk Mong Dagang menegaskan beliau mempunyai hak demo-kratik untuk menghentikan pemberian bantuan kerajaan kepada pekebun kurang upaya (OKU), Frusis Lebi, 52, dari Rumah Anyai, Entulang Entawa, di sini.
Berdasarkan hak ini, kata-nya, keputusan dibuat memandangkan Frusis adalah seorang penyokong tegar pembangkang dengan rumahnya dipercayai menjadi pusat operasi calon pembangkang dan simpanan bahan kempen pembangkang pada Pilihan Raya Negeri Ke-10, tahun lalu.
Menurut beliau, Frusis nyata mendapat lebih banyak bantuan kebajikan dan pertanian daripada kerajaan berbanding orang lain selama ini, tetapi bantuan itu seolah-olah tidak dihargai.
No comments:
Post a Comment