Tuesday, August 28, 2012

Apa! 20 Tahun Tak Ada Elaun, Macam Mana Boleh Terjadi?

Berkhidmat selama 20 tahun menjadi tuai rumah, satu tempoh yang cukup panjang.

Namun apa yang mengecewakan Tuai Rumah Nasat Ukoh dari Sungai Sengan, Sibu, beliau tidak pernah diberikan elaun serta sijil pelantikan tuai rumah.

Beliau ketika ditemui Utusan Borneo semalam memberitahu, beliau pernah merujuk pekara terbabit kepada pihak berkenaan untuk diselesaikan.

Namun sehingga kini ujarnya, beliau masih belum menerima sebarang keputusan berhubung sijil pelantikannya sebaga tuai rumah.

“Rentetan daripada ketiadaan sijil pelantikan tersebut, saya juga tidak pernah menerima sebarang elaun daripada kerajaan seperti yang dinikmati tuai-tuai rumah lain.

“Walhal, saya juga memikul tanggungjawab yang sama berat seperti mereka,” ujarnya.

Menurut Nasat, kini sudah kedengaran suara protes di kalangan penduduk rumah panjang mereka berikutan kegagalan pihak berkenaan menyelesai isu terbabit.

Ini termasuk ketiadaan peruntukan komputer riba serta projek-projek kecil lain yang pernah dipohon Nasat serta penduduk rumah panjangnya.

Katanya rumah panjang beliau mempunyai 11 pintu dan dihuni kira-kira 100 keluarga.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...