Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak perlu gentar dengan asakan yang bakal dilakukan oleh pembangkang jika senarai calon PRU diumumkan lebih awal.
Naib Presiden SUPP Datuk Yong Khoon Seng berkata situasi seperti itu merupakan perkara biasa dalam politik.
Justeru beliau menyambut baik jika senarai calon BN bagi PRU13 diumumkan lebih awal seperti yang dibayangkan oleh Setiausaha Agung BN Pusat Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
“Saya bersetuju jika senarai calon diumumkan lebih awal bagi membolehkan bakal-bakal calon atau calon terpilih dapat bekerja dengan lebih gigih di mana ketika ini agak kelam-kabut kerana kita tidak tahu siapa akan jadi calon.
“Kita juga tahu apabila nama keluar lebih awal, pembangkang akan sedaya upaya menjatuhkan calon BN. Tetapi pada saya ia adalah tidak apa kerana ini perkara yang biasa,” katanya.
No comments:
Post a Comment