Kerajaan akan terus memberi fokus dan tumpuan menyeluruh dalam usaha memberi kemajuan serta pembangunan kepada rakyat negeri ini kata Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Muda Perumahan Datuk Francis Harden Hollis.
Menurut beliau, kerajaan akan terus berusaha dan tidak akan berhenti sehingga matlamatnya itu tercapai.
“Inilah KPI kerajaan dalam usaha meningkatkan pencapaian NKRA sebagaimana gagasan 1Malaysia terus terlaksana,” ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan Majlis Makan Malam dan Pertandingan Nyanyian Warga Emas sempena sambutan Chong Yang Festival anjuran Kelab Hok Lin, Sri Aman di salah sebuah restoran terkemuka dekat sini baru-baru ini.
Katanya walaupun rakyat berada jauh dari arus pembangunan infrastruktur, kerajaan akan membantu sehingga mereka akan dapat menikmati pembangunan sebagaimana yang dikecapi orang lain.
Katanya bukan berkata atau berjanji apabila tibanya pilihan raya, sebaliknya usaha untuk memberi pembangunan kepada rakyat sentiasa diteruskan dari semasa ke semasa.
No comments:
Post a Comment