Thursday, March 1, 2012

Pembangkang Bawa Budaya ‘Jaguh Menghasut’

Budaya ‘jaguh menghasut’ yang dibawa parti pembangkang dari Semenanjung Malaysia kini dilihat semakin merebak di Sarawak yang dikhuatiri boleh menggugat kestabilan politik jika tidak ditangani dengan baik.

Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, unsur politik sedemikian tidak sesuai untuk diamalkan di negeri ini kerana ia boleh memecahbelahkan rakyat.

Menurutnya parti pembangkang yang bertapak di Semenanjung Malaysia dilihat semakin berani menunjuk jaguh mereka yang sebenar untuk menghasut rakyat.

“Unsur politik parti pembangkang di Semenanjung (Malaysia) seperti DAP dan PKR sudah menular di Sarawak dan mereka sebenarnya adalah jaguh menghasut rakyat untuk menggugat kestabilan politik di negeri ini,” katanya.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...