Dewan Ulama dan Pemuda PAS menegaskan jawatan Timbalan Presiden PAS wajib dipilih dari kalangan orang Islam.
Perlembagaan PAS tidak membenarkan bukan Islam memegang jawatan dalam parti, kata Timbalan Ketua Dewan Ulama, Datuk Dr Mahfodz Mohamed.
“Untuk memegang jawatan parti, perlembagaan mewajibkan menjadi ahli tetapi orang bukan Islam hanya boleh menjadi ahli bersekutu.
“Sukar untuk ahli PAS memberikan sokongan seratus peratus kepada pemimpin yang bukan Islam,” katanya ketika dihubungi hari ini.
No comments:
Post a Comment