Monday, April 2, 2012

Empat Kerusi Parlimen SPDP Mencabar, Kata Nelson

Jentera pilihan raya Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) tidak mengambil mudah kesemua empat kerusi Parlimen parti itu menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Setiausaha Agung SPDP Nelson Balang Rining berkata, empat kerusi tersebut Mas Gading, Saratok, Bintulu dan Baram masing-masing dilihat mencabar buat parti.

Justeru katanya, jentera parti tediri daripada empat exco iaitu Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri sedang bersedia dan bekerja keras bagi menghadapi cabaran tersebut.

“Bagi parti kesemua empat Parlimen adalah sama mencabar dan kami perlu bekerja keras dan memberi fokus yang sama di empat-empat kawasan tersebut.

“Banyak perkara telah dikenal pasti termasuk pecahan jumlah pengundi khususnya membabitkan pengundi muda,” katanya.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...