Wednesday, November 28, 2012
Tuesday, November 27, 2012
Monday, November 26, 2012
Friday, November 23, 2012
Thursday, November 22, 2012
Wednesday, November 21, 2012
A Parent's Love - I Cried After Watching This... - YouTube
A Parent's Love - I Cried After Watching This... - YouTube
maafkan aku mama dan papa sbb aku x menjadi anak yg baik selama ni..maafkan aku anak2 sbb aku x menjadi seorang ayah yang baik..
maafkan aku mama dan papa sbb aku x menjadi anak yg baik selama ni..maafkan aku anak2 sbb aku x menjadi seorang ayah yang baik..
Belum Ada Rancangan Bina Klinik Baharu Di Ngemah
Kerajaan belum mempunyai perancangan untuk membina klinik baharu di dua kawasan konstituensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ngemah, iaitu di Nanga Dap atau Nanga Ngemah.
Menteri Muda Kesihatan Awam Dr Jerip Susil berkata, ia memandangkan Hospital Kanowit dan Klinik Kesihatan Nanga Ngungun masih mampu menyediakan perkhidmatan kesihatan baik kepada kedua-dua kawasan berkenaan.
“Sehingga kini, belum ada perancangan untuk membina klinik baharu di Nanga Dap dan Nanga Ngemah memandangkan Hospital Kanowit dan Klinik Kesihatan Nanga Ngungun masih mampu menyediakan perkhidmatan kesihatan baik.
Anugerah Untuk Wira Dipertimbangkan
Pemberian anugerah atau penghargaan kepada golongan yang dianggap wira termasuk mereka yang menyelamatkan mangsa kemalangan mungkin boleh dipertimbangkan.
Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata, ia bagi memastikan sikap bertanggungjawab dan berperikemanusiaan berkenaan terus menjadi contoh kepada anggota masyarakat lain.
“Anugerah atau penghargaan seperti ini, satu perkara yang boleh difikirkan bersama. Ini kerana kita mahu dalam usaha membangunkan modal insan, kita juga mahu rakyat kita mempunyai nilai-nilai positif,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.
Fatimah berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan akhbar baru-baru ini berhubung tiga sahabat yang menyelamatkan seorang le-laki dari keretanya yang terbakar selepas terbabit kemalangan di Batu 7, Jalan Penrissen di sini, Khamis lepas.
Kesedaran Kesihatan Dan Keselamatan PKS Sarawak Masih Rendah
Kesedaran mengenai aspek kesihatan dan keselamatan dalam kalangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Sarawak masih terlalu rendah berbanding PKS di Semenanjung Malaysia.
Pengarah Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (OSH) Negeri, Mohd Hatta Zakaria yang mendedahkan perkara itu berkata, tidak ada satu pun PKS di negeri ini mencapai Gred A, B atau C semasa program Pelan Induk Penambahbaikan OSH Dalam PKS yang dijalankan dari Januari hingga Jun tahun ini.
Menurutnya, hanya 37 peratus PKS di Sarawak mencapai Gred D, manakala 63 peratus lagi Gred E dan kedua-dua gred itu berada di bawah paras memuaskan.
“Kesedaran dalam kalangan pemain-pemain PKS mengenai aspek kesihatan dan keselamatan di tempat kerja mereka sangat rendah dan untuk mengatasi perkara ini, kami telah menganjur dan merancang aktiviti-aktiviti termasuk menyebarkan maklumat mengenai kesihatan dan keselamatan pekerjaan menerusi kaedah ‘pintu ke pintu,’ projek payung dan pendaftaran berterusan,” jelasnya.
Kerajaan Tidak Akan Tunduk
Kerajaan Sarawak tidak akan tunduk dengan desakan pakatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahu pelaksanaan projek hidro-elektrik (HEP) di negeri ini dihentikan.
Menteri Kemajuan Tanah Tan Sri Dr James Jemut Masing berkata, projek itu adalah demi kepentingan dan masa depan Sarawak yang akan bergantung kepada sektor perindustrian.
“(Pakatan) NGO berhak untuk berbuat apa yang mereka mahu, tetapi saya rasa sebab di sebaliknya adalah tidak berapa munasabah untuk kita (kerajaan) pertimbangkan dengan serius.
“Anda harus ingat bahawa HEP adalah tenaga boleh diperbaharui paling bersih yang boleh dimiliki kerana saya rasa kita tidak boleh bergantung kepada tenaga angin dan solar sebab ia tidak akan mampu menampung kapasiti diperlukan,” katanya ketika ditemui di lobi Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan berita atas talian berhubung pakatan NGO Sarawak yang mahu pelaksanaan projek empangan mega dihentikan di negeri ini kerana menjejaskan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).
Tuesday, November 20, 2012
BNBBC Sarawak Akan Lebih Tegas, Lantang
Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Sarawak akan bersuara dengan lebih tegas dan lantang pada Persidangan Dewan Undangan Negeri yang bermula hari ini.
Pengerusi BNBCC Abdullah Saidol berkata pihaknya bukan sahaja akan bertegas mengenai isu di kawasan masing-masing tetapi juga mengenai kepentingan serta masa depan negara.
“Kami BNBBC Sarawak telah diperingatkan oleh Ketua Menteri untuk sentiasa mematuhi peraturan persidangan serta tidak takut untuk menyuarakan kehendak pembangunan di kawasan masing-masing.
“Pada masa yang sama, BNBBC Sarawak juga bersedia untuk berdepan dengan kerenah pembangkang yang sentiasa bising tetapi tiada keikhlasan dalam soal kepentingan rakyat,” katanya dalam kenyataan akhbar kepada Utusan Borneo.
BN Bincang Persiapan PRU13
Persiapan bersama parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) lain untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) adalah antara isu yang dibincangkan pada Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) semalam.
Perkara tersebut diberitahu oleh Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg menerusi sidang media selepas mesyuarat yang diadakan di ibu pejabat PBB, Jalan Bako dekat sini.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ketua Menteri merangkap Presiden PBB dan Pengerusi BN Negeri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
“Kita tidak tahu tarikhnya tapi jentera kita sentiasa bersiap sedia pada bila-bila masa pilihan raya diumumkan.
“Sekarang adalah masa bagi kita untuk mengemas kini persiapan khususnya di kalangan parti-parti komponen BN,” katanya.
Ibu Bapa Kaum Cina Harus Galak Anak-Anak Terlibat Dalam Sukan
Ibu bapa kaum Cina amnya harus menggalakkan anak-anak mereka melibatkan diri dalam sukan dan permainan tradisional serta kebudayaan kaum itu bagi membentuk watak serta pembangunan minda mereka.
Temenggung Vincent Lau berkata, pendedahan awal mereka dalam apa juga jenis sukan dan permainan kaum Cina amat penting untuk jangka masa panjang.
“Ini bukan sahaja membantu membentuk watak mental mereka, tetapi juga akan memupuk minda yang sihat dan akhirnya membuat anak-anak orang yang lebih baik,” katanya pada majlis perasmian Pertandingan Catur Persatuan Catur Cina Bahagian Sibu kali ke-21, di sini baru-baru ini.
Mengenai catur tradisional Cina, Lau berkata ini adalah satu aktiviti yang sihat dan patut diberi pengiktirafan oleh masyarakat Cina.
Beliau menyifatkan catur Cina sebagai permainan yang baik dan sihat, selain turut membantu memupuk serta membangunkan keupayaan pemikiran seseorang.
Jangan Pandang Ringan Isu Perpaduan Kaum
Rakyat di negeri ini diingatkan agar tidak memandang ringan isu perpaduan kaum yang merupakan tunjang kepada keamanan dan kesejahteraan rakyat.
Menteri Muda Perhubungan, Datuk Lee Kim Shin berkata keharmonian yang dikecapi sekarang harus dipertahankan dari sebarang anasir atau cubaan yang memporak-perandakan perpaduan rakyat.
Sehubungan itu, rakyat diminta untuk tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan sentimen perkauman yang akan memberi kesan buruk menyeluruh terhadap pembangunan negara.
“Sejarah telah menunjukkan secara jelas yang aspek perpaduan amat penting untuk dipertahankan. Oleh itu, sekiranya kita mahu membangun seperti negara lain kita perlu terus bersatu,” katanya pada majlis makan malam Deepa-Raya di Kelab Gymkhana Miri (GCM), malam kelmarin.
Lee berkata, sentimen kebencian yang cuba disebarkan oleh segelintir pihak harus disekat dari mempengaruhi rakyat khasnya terhadap dasar dan pelan pembangunan kerajaan.
“Mereka yang mahu menanam perasaan benci ini mempunyai agenda dan kepentingan kerana mahu melihat kita berada dalam keadaan kucar kacir. Tanpa perpaduan, negara kita sukar untuk membangun,” jelasnya.
Penduduk Lega Jalan Ban Siap Sepenuhnya
Penduduk Kampung Perpat, Kabong melahirkan perasaan lega setelah jalan ban mengelilingi kampung berkenaan telah siap sepenuhnya baru-baru ini.
Ketua Kampung Hulu Perpat, Madeli Darahman ditemui melahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan kerana melaksanakan ban keliling kampung tersebut dan menyelamatkan hasil pertanian penduduk kampung daripada ditengelami air pasang serta mempunyai pengaliran air teratur.
“Pelaksanaan projek itu adalah di bawah agensi Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Saratok dan kami amat berpuas hati dan lega kerana telah meluluskan permohonan kami ini,” katanya.
Justeru, katanya, penduduk berharap tali air (ban) itu dinaik taraf bagi kegunaan penduduk.
Sekiranya diletakkan batu atau diturapkan, ban itu dapat memudahkan perjalanan penduduk untuk membawa hasil pertanian ke jeti kampung itu sekali gus dihantar ke luar kawasan kampung terbabit.
Ahli SPDP Keluar Parti
Tindakan sebilangan ahli Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) yang didakwa keluar meninggalkan parti itu sememangnya sudah dijangka.
Pengerusi SPDP Bahagian Bukit Assek, Kaunselor Tiong Yong Hin berkata itu bukanlah suatu isu besar, malah tidak memberi sebarang impak besar kepada parti.
Katanya, parti itu (SPDP) juga sememang sudah bersedia dari awal lagi bagi menghadapi sebarang kemungkinan ahli yang keluar meninggalkan parti.
“Bahagian Bukit Assek jikalau digabungkan dengan cawangan Tiong Hua, Kapor Lima dan Keladi mempunyai seramai 2,500 ahli.
Kira-kira 70 peratus daripada ahli terbabit adalah kaum Cina.”
“Jadi di mana 700 orang ahli yang didakwa bekas Kaunselor Engga Unchat meninggalkan parti itu seperti yang tersiar di akhbar baru-baru ini,” katanya ketika ditemui pada mesyuarat parti peringkat wilayah tengah, di sini semalam.
Tiong berkata, pihaknya memberi ‘tabik’ kepada Engga sekiranya beliau berjaya mendapatkan seramai 30 orang daripada 930 ahli yang didakwanya keluar SPDP.
Banjir Di Baram Kian Pulih
Keadaan banjir yang melanda beberapa kawasan di pedalaman Baram semakin pulih dengan paras air mulai menunjukkan tanda-tanda semakin surut.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau memberitahu bahawa keadaan banjir yang melanda Baram dijangka pulih sepenuhnya dalam masa sehari atau dua hari lagi.
“Keadaan banjir kini semakin pulih dengan paras air mulai surut di kawasan hulu dan beberapa kawasan yang dilanda banjir termasuk di Long Lama dengan jalan-jalan sudah dapat dilalui kenderaan,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.
Menurut Dennis lagi, di kawasan terjejas banjir, bekalan makanan dan keperluan asas sudah diedarkan dari rumah panjang ke rumah panjang oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Miri.
“Antara yang terjejas teruk sebelum ini ialah Long Bemang dan Long Panai di mana bekalan makanan sudah diedarkan pada minggu lepas.
“Bagaimanapun keadaan banjir di kedua-dua kawasan semakin pulih dan paras air sudah mulai surut berbanding sebelumnya,” jelas Dennis lagi yang baharu kembali dari Ulu Baram.
Penduduk Gembira
Penduduk di Lorong 9, Kampung Bahagia Jaya Fasa III di sini merakamkan penghargaan kepada kerajaan kerana telah menurap jalan masuk ke rumah-rumah mereka dengan tar.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bahagia Jaya Fasa III, Narok Injing berkata kerja menaik taraf jalan sepanjang satu kilometer itu telah siap diturap pada 15 November lalu.
“Kami gembira jalan siap sepenuhnya sekarang. Justeru, saya menggesa semua penduduk untuk memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang,” katanya di sini, semalam.
Narok, 64, mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Residen Bahagian Sibu, Pejabat Daerah Sibu, Majlis Perbandaran Sibu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Dr Annuar Rapaee dan Temenggung Vincent Lau.
Ketua Mesti Kemukakan Profil Kampung
Ketua kampung mesti mengemukakan profil kampung mereka kepada Pejabat Daerah masing-masing bagi memastikan kelancaran operasi apabila melancarkan bantuan atau pembangunan.
Timbalan Residen Kuching (Pembangunan) Zamahari Saidi berkata profil harus mengandungi jenis maklumat penting yang membolehkan mereka melakukan perancangan masa depan.
“Profil adalah penting supaya kita tahu demografi orang yang tinggal di kampung tersebut.
“Sebagai contoh, jika kita mahu mengadakan acara di kampung, kita boleh memberitahu dengan cepat jika kampung tersebut mempunyai sebuah dewan masyarakat dan berapa ramai orang yang dapat ditampung.
“Dengan itu, kita tidak perlu untuk memanggil pemimpin masyarakat dan ini akan memudahkan,” katanya ketika melancarkan Pengesahan Pendaftaran Baharu e-Kasih untuk pemimpin masyarakat dari Siburan dan Padawan di sini, semalam.
Selain itu, katanya ia juga akan membantu apabila hendak mengadakan program untuk membantu golongan miskin seperti e-Kasih, yang telah ditutup kerana sebilangan besar permohonan daripada individu yang tidak layak.
Pembangkang Sokong Belanjawan 2013
Pakatan Rakyat (PR) Sarawak menyifatkan cadangan Belanjawan 2013 negeri yang dibentangkan Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada hari pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam satu belanjawan sihat demi kemajuan negeri ini.
Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen yang turut memberitahu bahawa cadangan belanjawan negeri ini lebih baik berbanding Belanjawan 2013 negara.
“Secara keseluruhan cadangan Belanjawan 2013 Negeri ini, sebanyak 70 peratus untuk pembangunan dan 30 peratus untuk perbelanjaan operasi merupakan satu belanjawan sihat untuk negeri ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pembentangan cadangan Belanjawan 2013 Negeri selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.
“Jika dibandingkan dengan Belanjawan 2013 Persekutuan, cadangan Belanjawan Negeri ini lebih baik yang mana persekutuan hanya memperuntukkan 30 peratus untuk pembangunan dan 70 peratus untuk pentadbiran,” tambahnya.
Bagaimanapun, beliau yang juga ADUN Kota Sentosa mendakwa terdapat satu ‘black hole’ (lubang hitam) dalam belanjawan negeri.
Tegasnya terdapat ketidakseimbangan dalam peruntukan yang diberikan kepada agensi yang diluluskan oleh kerajaan berbanding peruntukan yang diberikan kepada pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun.
“Selama ini perbelanjaan pembangunan sebanyak 40 peratus telah diperuntukkan kepada agensi yang diluluskan oleh kerajaan.
“Kami telah bertanya mengenai agensi tersebut tetapi kerajaan negeri merahsiakan perkara ini.
Persidangan DUN Berlangsung Dengan Lancar
HARI pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula semalam berlangsung dengan lancar.
Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa sebelum pemasyhuran daripada Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar.
Persidangan hari pertama itu semalam turut menyaksikan Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membentangkan cadangan Belanjawan Negeri 2013 iaitu sejumlah RM3.4 bilion atau 69 peratus daripada belanjawan dicadangkan untuk pembangunan manakala selebihnya, RM1.5 bilion atau 31 peratus adalah untuk perbelanjaan operasi.
Kewangan S’wak Terus Kukuh
Kedudukan kewangan negeri bagi tahun 2013 dijangka kekal sihat dan kukuh dengan lebihan Belanjawan 2013 berjumlah RM83 juta.
Penjanaan lebihan belanjawan ini adalah berdasarkan kepada jangkaan jumlah pendapatan sebanyak RM4.1 bilion berbanding perbelanjaan lazim berjumlah RM4 bilion termasuk peruntukan Akaun Dana Pembangunan (DFA).
Menteri Kewangan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ketika pembentangan cadangan Belanjawan 2013 semalam berkata untuk merangsang aktiviti ekonomi dan menyokong pertumbuhan ekonomi sepanjang tahun, negeri memerlukan belanjawan yang menjurus kepada pembangunan.
Oleh itu katanya, sejumlah RM3.4 bilion atau 69 peratus daripada Belanjawan Negeri 2013 dicadangkan untuk pembangunan manakala selebihnya, RM1.5 bilion atau 31 peratus adalah untuk perbelanjaan operasi.
Malah katanya, bertepatan dengan usaha berterusan kerajaan untuk memastikan kedudukan kewangan negeri kekal sihat dan kukuh, Belanjawan 2013 dijangka mempunyai lebihan berjumlah RM83 juta.
“Dalam usaha kita mencapai lebih banyak pembangunan yang seimbang dan luas serta menyokong pertumbuhan ekonomi, Belanjawan 2013 juga akan fokus kepada objektif-objektif dan strategi-strategi utama seperti menyediakan peruntukan mencukupi bagi kejayaan pelaksanaan dan penyelesaian semua projek dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
“Selain itu, Belanjawan 2013 turut akan fokus kepada kesinambungan rancangan jangka panjang transformasi dan penstrukturan semula ekonomi dan sosial bagi memastikan pengagihan pembangunan yang sama rata di seluruh negeri,” katanya pada Persidangan Dewan Unda-ngan Negeri (DUN) di Kompleks DUN, Petra Jaya di sini semalam.
Tragedi 9/11 Bencana Terburuk Akibat Perbuatan Manusia
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan kesan serangan 9/11 terhadap Amerika dan menyifatkannya sebagai bencana terburuk akibat perbuatan manusia sejak Perang Dunia yang lepas berakhir.
Beliau berkata peristiwa 9/11 mengakibatkan kematian ratusan ribu rakyat Iraq dan Afghanistan serta beberapa ribu tentera Amerika dan British, selain kemusnahan dunia negara Islam itu.
“Ia telah membahagikan dunia kepada Islam dan bukan Islam, serta menabur benih syak wasangka dan kebencian di antara mereka,” katanya sambil menambah peristiwa itu turut menjejas keselamatan negara di dunia sehingga terpaksa membelanjakan bertrilion dolar untuk langkah keselamatan.
“Namun, ancaman tetap kekal, bukan hanya daripada mereka yang digelar pengganas, malah dari negara berkuasa serta kempen mereka untuk mengubah dunia,” katanya ketika berucap pada persidangan antarabangsa berkaitan ’9/11 Revisited – Seeking the Truth’ di sini Isnin.
Negarawan Malaysia itu juga berkata adalah penting untuk mencari kebenaran di sebalik tragedi 9/11 “kerana apabila kebenaran didedahkan, barulah kita benar-benar bersedia untuk melindungi diri dan keselamatan kita.”
Friday, November 16, 2012
Golongan Miskin Tegar Dibela
Golongan miskin tegar di kawasan Parlimen Miri yang amat memerlukan bantuan membaiki rumah usang mereka, mempunyai alasan untuk berterima kasih kepada kerajaan, selepas permohonan mereka diluluskan di bawah Program Nadi Kasih.
Menurut Setiausaha Politik Ahli Parlimen Miri yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin iaitu Datuk Sebastian Ting, kesemua kuota 200 keluarga yang diperuntukkan bagi Parlimen ini sudah dipenuhi dan diluluskan.
Sebastian memberitahu, 100 permohonan golongan miskin tegar telah diluluskan pada tahun lepas manakala 100 lagi diluluskan tahun ini.
“Kita telah melengkapkan kuota bagi Parlimen P.219 Miri dalam tempoh dua tahun ini dengan memilih mereka yang benar-benar layak.
“Bagi memastikan golongan miskin tegar ini benar-benar terbela, pada tahun depan kita akan mengenal pasti lagi kumpulan sasar ini dan berharap memperolehi sejumlah 100 keluarga yang layak dibantu,” katanya.
Program Nadi Kasih adalah salah satu projek yang dibiayai oleh 1Malaysia Development Berhad dan Parlimen Miri memperolehi peruntukan RM500,000 pada tahun ini.
Lelaki Hilang Dompet
Seorang lelaki kehilangan dompet ketika sibuk berurusan di kaunter sebuah agensi kerajaan yang terletak di Simpang Tiga di sini, kelmarin.
Menurut sumber, mangsa, 23, terdahulunya telah menyerahkan dompet kepada isterinya sebelum menjalankan urusan di kaunter berkenaan sekitar jam 10 pagi semalam.
Isteri mangsa kemudian dikatakan telah menyimpan dompet tersebut di dalam beg tangannya sebelum beredar dan duduk di kawasan khalayak ramai juga tidak jauh dari kaunter di mana suaminya berurusan.
Beberapa minit selepas itu, mangsa kemudian meminta dompetnya semula daripada isterinya kerana ingin membayar sesuatu di kaunter tersebut.
Bagaimanapun, selepas memeriksa ke dalam beg tangannya, isteri mangsa mendapati dompet suaminya tiada di dalam beg tangannya itu.
Dia kemudian terus memberitahu suaminya berhubung kehilangan tersebut dan percaya ia angkara perbuatan penyeluk saku yang mengambil kesempatan di tengah-tengah kesibukan orang ramai.
Menurut mangsa selain dokumen peribadi, terdapat wang tunai berjumlah kira-kira RM600 di dalam dompetnya itu.
Pembangunan Perlukan Kerjasama Rakyat
Projek pembangunan yang dirancang oleh kerajaan tidak mungkin terlaksana tanpa kerjasama dan pertimbangan daripada rakyat di peringkat akar umbi.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata demikian sebagai merujuk kepada projek pembangunan Darul Hana di kawasan Seberang Hilir, Petra Jaya di sini.
Menurut beliau, projek pembangunan Darul Hana merupakan langkah jauh kerajaan untuk penduduk kampung di kawasan itu ke arah masyarakat masa depan yang dilengkapi dengan segala bentuk kemudahan sosial, ekonomi, agama, keilmuan dan lain-lain.
“Buat masa ini apa yang diharapkan oleh kerajaan ialah kerjasama daripada penduduk kampung sepanjang pelaksanaan projek ini.
“Tempoh sepuluh tahun secara kasarnya mungkin kelihatan agak panjang, tetapi bagi program seperti ini 10 tahun adalah singkat.
“Justeru, saya berharap dengan adanya sokongan dan kerjasama daripada penduduk kampung, program pembangunan Darul Hana ini akan dapat dipercepatkan,” katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen Santubong.
Bank Rakyat Untuk Semua
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai Bank Rakyat merupakan sebuah bank untuk semua kaum di negara ini.
Ketua Bank Rakyat Wilayah Sarawak Aznan Ali Othman berkata, bank terbabit bukan untuk masyarakat Bumiputera sahaja sebagaimana persepsi umum.
“Jika dahulu persepsi ramai mengatakan Bank Rakyat hanya untuk masyarakat Bumiputera, saya pasti kita kena faham Bank Rakyat adalah untuk semua,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bank Rakyat 2012 di sebuah hotel di sini, malam kelmarin.
Majlis ini yang dikhususkan untuk komuniti Cina di sini, turut dihadiri oleh Pengurus Bank Rakyat Cawangan Sibu Zabidah Abu Bakar.
Menurut Aznan, sejak Bank Rakyat Cawangan Sibu beroperasi pada bulan Mei 2000, bank telah menerima sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada semua kaum di sini, termasuk daripada komuniti Cina.
“Tanpa sokongan anda yang tidak berbelah bahagi, kami tidak akan berada pada kedudukan hari ini.
“Sebagai menghargai sokongan anda semua, saya akan pastikan pasukan di Bank Rakyat Sibu akan bertungkus-lumus memberi perkhidmatan terbaik untuk semua,” katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Isu Politik Semasa
Followers
Blogroll
Archive
-
▼
2012
(715)
-
▼
November
(277)
-
▼
Nov 28
(35)
- UMNO: Tangani Politik Fitnah Dengan Fakta, Bukan E...
- Peniaga Cina Takut Sertai Tukar Kerana Maklumat Ti...
- Fokus Berita: Umno Sudah Sedia Lalui Peralihan Gen...
- Sarawak Laksana Sistem Pengambilan Baharu Untuk Pe...
- Kerajaan Negeri Selangor Hanya Peruntuk RM5 Juta A...
- UMNO: BN Tawar Masa Depan Berasaskan Transformasi ...
- Kursus Sensitiviti Gender Perlu Diperluas Ke Perin...
- Kebajikan Masyarakat India Terus Dibela, Usah Terp...
- Pancaran Lampu Tinggi Paksa Pemandu Hala Kenderaan...
- Transformasi Bahasa Melayu Perlu Seiring Transform...
- Kisah Rumit Pasangan Suami Dan Isteri (LUCU)
- Rakyat Selangor Muak Dengan Janji Pembangkang
- Pemimpin Umno, BN Harap Ucapan Muhyiddin Sedarkan ...
- Najib Berharap Kepimpinan Lama Umno Beri Peluang K...
- UMNO: Perkukuh Perpaduan Parti, Atur Strategi Mena...
- PRU13: Polis Cukup Jika Permohonan Kekal 500 Pelat...
- Tiga Hospital Baharu Di Negeri Ini Diluluskan Untu...
- Pengwujudan Parlimen Belaga Beri Kesan Positif Etn...
- Syarikat Lombong Arang Batu Diminta Minimum Pencem...
- Tindakan ADUN Balai Ringin Dakwa PTRBR Haram Amat ...
- Masyarakat Perlu Bijak Tangani Isu Semasa
- Jentera BN Baram Bersedia Hadapi Tentangan Pembang...
- Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda Dan Puteri Bermul...
- BN Bawa Perpaduan, Kerjasama Kukuh
- Penduduk Kampung Long Miri Minta Jalan Dibaiki
- JKM Disaran Promosi Inovasi Berlandaskan Sosial
- Jabatan Bomba Dan Penyelamat Perlu Mentransformasi...
- Petugas UMS Diseru Budayakan Inovasi, Kreativiti
- Majlis Pembangunan Sosial Kenal Pasti Isu Sosial
- 415 RMR Dibina Di Negeri Ini Tahun Depan
- 2,847 Unit Rumah Di Bawah PPR Di Sarawak Tahun Depan
- Kompleks Sukan Sarawak Bakal Bertaraf Antarabangsa
- 24 Majikan Tidak Daftar Perusahaan, Pekerja
- Laluan Kuching Ke Singapura, Australia Dilaksana A...
- Kerajaan Terus Bekal Air Bersih
-
►
Nov 27
(52)
- PAS ‘Takes Away’ People’s Income While DAP Does No...
- MCA’s Use Of Hudud May Backfire
- 335 Bekas Pekerja Sanmina-SCI Terima Bantuan Wang ...
- SPR Kenal Pasti 18 NGO Tempatan, Pemerhati Asean P...
- Amalan LGBT Dikesan Menular Ke Bandar Kecil
- DAP Likely To Field Indian Candidate For Labis
- Adun Umno: Selangor Sekat Usaha Syabas Kurangkan NRW
- Ambiga To Najib: Debate With Anwar
- Sarawak Defying Court On NCR, Says PKR
- Apa Amanat Najib Kepada Umno?
- ‘KO’ BN: Kerajaan Bagi Peluang PAS Bertaubat
- Najib Fears A Black Eye From Anwar
- FAM ‘Kurung’ Harimau Malaya
- Skuad ‘Sebenar’ Rajagobal Tiada Jawapan
- Rajagobal Salahkan Khairul Fahmi
- UMNO: Penting Untuk Memahami Keperluan Golongan Mu...
- Muhyiddin Terima Resolusi Meja Bulat PPPM, Umno Kedah
- Lima Laporan Siasatan Awam Selcat Didedahkan Kepad...
- Penjawat Awam Dinasihat Tangani Tekanan Perasaan D...
- Majlis Perbandaran Sandakan Laksana Bil Secara Ele...
- UMNO, Parti Melayu Yang Relevan - Datuk Siti Rahma...
- Melayu.tv - Taiko Laa Sangat Tapi Salah Pilih Lawa...
- Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa Umum Masuk UMNO?
- ‘SIAPA DIA’-BEKAS MENTERI KABINET TERLIBAT SKANDAL...
- Kesian : [Video] Adakah Ini "Free Kick" Paling Ter...
- Lori Terbabas Di Jalan Yang Licin
- Cool : Respon Dari Pihak McDonald's Malaysia Apabi...
- Serius : Anda Tahu Siapa Budak Kecil Ini Apabila d...
- WTF : Iklan Harian Metro Yang Semakin Mengarut (Ga...
- Harimau Malaya 'Sembunyi' Daripada Media
- Speaker Tidak Benarkan Anwar Bawa Peguam Perancis ...
- UMNO: Beri Ruang Golongan Muda Pegang Jawatan Stra...
- Mohd Zin Persoal Tindakan Segera Kerajaan Selangor...
- Cuepacs Sambut Baik Saranan KSN Mahu JPA Fleksibel
- UMNO: Peralihan Dalam Umno Contoh Yang Baik - MILF
- Pertahan Bandar Miri
- Jangan Politikkan Pemberhentian Pekerja Sanmina
- DAP Akan Meletakkan Calon Di Serian Dan Sri Aman
- Komuniti Cina Sadong Jaya Diyakini Terus Sokong BN
- SUPP Tampil Empat Muka Baharu
- Peniaga Buah Diingat Agar Tidak Terpengaruh Dengan...
- Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Bukan Pesta
- Aktiviti Melibatkan Penduduk Kampung Harus Diperba...
- BN Terbukti Parti Yang Berjaya Satukan Semua Bangs...
- NGO Perlu Diberi Status Pengecualian Cukai
- Hujan Lebat Sebabkan Tembok Asrama Rumah Kebajikan...
- Malaysia Di Landasan Betul Ke Arah Negara Berpenda...
- Najib Saran Pergerakan Global Bagi Budaya Keamanan
- Anak-Anak Diminta Tidak Terpengaruh Gejala Sosial
- Usaha Memperkasa Prestasi Akademik Sekolah Adalah ...
- Terung Dayak, Dabai Diiktiraf Sebagai Harta Intele...
- RM100 Juta Naik Taraf Jalan Utama Pan Borneo Pada ...
-
►
Nov 26
(50)
- BN Jelutong Salur RM300,000 Bantu Usahawan, Nelaya...
- Pengeluaran KWSP Kekal Pada Usia 55 Tahun
- Hampir Kesemua Agensi Kerajaan Laksanakan OSS Di P...
- Najib Saran Pergerakan Global Bagi Budaya Keamanan
- Rakyat Palestin Perlukan Bantuan, Sokongan Masyara...
- Penduduk Alami Kesukaran Akibat Jambatan Roboh
- Ragut: Bapa Yang Malu Heret Sendiri Anaknya Ke Bal...
- Melayu.tv - Hanya Lelaki Boleh Buat Ini
- DBNA Tidak Menyukat Tanah NCR, Kata Manyin
- Bodoh : Cara Lelaki Pasang iPod Nano PAda Tanganny...
- 2,100 Golongan Memerlukan Harapkan Hajat Mereka Di...
- RM20 Juta Diperlukan Bagi Infrasruktur Di Luar Bandar
- ANGKASA Bercadang Tubuh KOSISWA Di IPT
- Belaga Belum Penuhi Kriteria Untuk Jadi Kawasan Pa...
- Tindakan Pihak Guna SUPP Mensabotaj BR1M2 Dikecam
- Ceramah DAP Dihadiri Kira-Kira 500 Orang
- Pilihanraya Umum ke 13 : Faktor Undi Anda?
- Bodoh : Lelaki VS Wanita Apabila Putus Cinta (8 ga...
- Keputusan Malaysia VS Singapura AFF Cup 2012 : Har...
- Berita : "Ini Cara Kami Cegah Maksiat" (Gambar)
- Kesian : Kanak-Kanak Menjaga Ibunya Yang Lumpuh Di...
- Kesian : Bapa Maafkan Lelaki Yang Membunuh Dan Mer...
- Serius : Inilah Dia Rupa Peti Sejuk Berharga $41,5...
- Apa sudah jadi Rajagobal?
- Harimau Malaya Dibaham Singa Tanpa Belas
- Hot! Iman Hampir Di Lempang Lepas Khutbah Baca Doa...
- Pengeluaran KWSP Umur 55 Tahun?
- Anwar Ibrahim VS Hadi Awang?
- Malaysia VS Singapura AFF Suzuki 2012?
- Serius : Bapa Nikahkan Anak Perempuan Berumur 12 T...
- Tiada Alasan Ambil Tindakan Disiplin Terhadap Saya...
- PRS Sokong Belaga Dijadikan Parlimen
- Tindakan Terhadap Wong Tidak Dibincang
- Motosikal Hilang Ditemui Dalam Keadaan Tinggal Rangka
- Rumah Teres Dijilat Api, 14 Keluarga Tinggal Sehel...
- Rakyat Sudah Matang Menilai Kemampuan Kerajaan
- Chin Tidak Tolak Kemungkinan PRU13 Pada Disember
- Hadapi Cabaran Masa Depan
- NKRA Tingkat Ekonomi Penduduk Luar Bandar
- Muhyiddin Mahu Dong Zong Hentikan Tohmahan Terhada...
- Kelantan Tetap Laksana Perundangan Islam Kepada Or...
- Kes Salah Laku Anggota Polis P.Pinang Terpencil - KP
- Pecat Anggota Bukti Keseriusan Umno Pastikan Anggo...
- Empat Sayap MIC Tangguh Mesyuarat Agung Untuk Beri...
- Ulama Turut Dicalon Bertanding Wakili BN Dalam PRU...
- Malaysia Diaibkan Singapura 3-0 Aksi Pertama Piala...
- MIC Batal Demonstrasi Bantah Kunjungan Mahindra
- Mustafa Yakin Sokongan Anak Kelantan Diterjemahkan...
- Kementerian Kesihatan Bimbang Peningkatan Jumlah P...
- Wanita Mangsa Dera Jangan Takut Buat Aduan - Noriah
-
►
Nov 23
(32)
- Hudud: PAS Mahu Tonjol Diri Selepas Kian Tenggelam...
- Veteran Umno Mohon KDN Pantau Sifat Ektremis PAS
- Seminar Psikologi KPKK Di PICC Pada 27 Nov Depan
- Yee Mahu Kerajaan Pusat Segera Selesai Isu Cakera ...
- Nurul Izzah Fail Saman Terhadap Ketua Pengarang Ut...
- Perwakilan Umno Diingatkan Ketepi Perbezaan Pendap...
- Kerajaan Kedah, Pulau Pinang Tiada Persefahaman Me...
- Serius : Polis Dibakar Dengan "Molotov Cocktail" D...
- » Presiden FAM Kecewa Prestasi Harimau Malaya
- » Rajagobal: Tindakan Tegas Jika Malaysia Gagal Te...
- Hospital Serian, Klinik Kesihatan Kpg Bunan Gega P...
- BN Berkhidmat Setimpal Dengan Jangkaan Rakyat
- SFC Mula Pindah Buaya Dari Zon Bebas Buaya
- Kerajaan Belum Ada Cadangan Wujud Penan Peace Park...
- PKR Confident Of Winning More In Penang
- Dewan Selangor Tegang Seketika Di Akhir Penggulung...
- Tindakan Australia Wajar Dan Tepat, Kata Shafie Apdal
- KSN: Tiada Kompromi Bagi Penjawat Awam Bocor Rahsi...
- MB Pahang Dakwa Parti Pembangkang Saling Perkudaka...
- Pengundi Perlu Bijak Pilih Wakil Rakyat Mampu Jaga...
- Wanita Meninggal Dunia Selepas Buat Pasport Untuk ...
- Separuh Fail Projek Pembalakan Di Papua New Guinea...
- Jentera PRU Umno Perlu Dekati Pengundi Atas Pagar ...
- Kerajaan Negeri Pulau Pinang Digesa Selesai Isu Be...
- Dr Mahathir: Tidak Benar Islam Hanya Simpati Sesam...
- Penerangan Mengenai AES Akan Diteruskan - Solah
- Kerajaan Kedah Akui Pelaburan Merosot Tahun Ini
- Pemecatan Anggota Isyarat Jelas Umno Tiada Tolak A...
- Pengamal Perubatan Mati Ditembak, Teman Wanita Cedera
- Komuniti Antarabangsa Perlu Berani Tolak Semua Ben...
- Malaysia Sambut Baik Gencatan Senjata Di Gaza - Najib
- Kelab Menjenayahkan Perang Dilancar Hari Ini
-
►
Nov 22
(33)
- Lebih 2,000 Ibu Tunggal Di Selangor Fail Saman Tun...
- Sabotaj Umno: Dua Dipecat, Satu Digantung
- BERNAMA - Doa Hapuskan Umno, Tuduh Umno Murtad Ber...
- BERNAMA - Gencatan Senjata Di Gaza Mampu Reda Kete...
- BERNAMA - Abu Hassan Diarah Keluar Dewan, Semua Ad...
- Antara Hadi dan Guan Eng, siapa layak jadi PM?
- Adun BN hasut penduduk, dakwa peneroka Gatco
- Suporter Chelsea Ramai-Ramai Tolak Rafael Benitez ...
- » Kekal Kejuaraan Piala AFF Adalah Sasaran Paling ...
- Chelsea Pecat Roberto Di Matteo
- Dua bekas menteri Perlis tanding kerusi DUN?
- ‘Pakatan Is Like ‘Gay Marriage”
- PKR mahu kumpul bukti baru
- Minda Pondok Cabar Nik Aziz Berdebat, Doa Hancurka...
- Sagan Mahu Anggota BN Terangkan Faedah Program Pem...
- Penduduk Kuching Dapat Isyarat Dua Jam Sebelum Kem...
- Bina Jambatan Hanya Untuk Tutup Isu Air - Noh Omar
- 800 Pencinta Bahasa Termasuk Rakyat Singapura Memu...
- Bukan Sesuatu Yang Pelik Jika Anggota PAS Mahu Had...
- Cuepacs Setuju Kenaikan Pangkat Secara Time-Based ...
- Cuepacs Sasar 70 Peratus Penjawat Awam Sertai SP1M...
- Pembangkang Patut Sokong AES - Penyokong Kerajaan
- Kerajaan Tak Pernah Lantik Pihak Ketiga Beli Aset ...
- Lelaki Sorok Dadah Dalam Pakaian Berjaya Diberkas
- Hospital Daro Amat Perlu Doktor Pakar
- Kerajaan Luluskan 11 Kawasan Setinggan Jadi Kampun...
- Kerajaan Diminta Membina Balai Bomba Di Selangau
- Satu Calon Satu Kerusi Disokong
- Orang Ulu Di Baram Ikrar Sokong Projek Empangan Hi...
- K’jaan tiada rancangan bina loji minyak kelapa saw...
- 'Klang bridge project is ploy to get votes'
- Panel to decide on DAP rep's fate
- BN will win back Beaufort' - General - New Straits...
-
►
Nov 21
(31)
- BERNAMA - Harimau Malaya Perlu Tampil Garang Pada ...
- BERNAMA - BN Akan Berusaha Habis-Habisan Pertahan ...
- Elaun Khas RM350 Kakitangan Awam Ijazah @ Diploma?
- Khalwat Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM)? | Be...
- Info : Kenapa Spender Lelaki Dijual Dalam Kotak, P...
- Rumah Hantu Terbesar Dan Paling Seram Di Dunia
- Kenaikan Pangkat Penjawat Awam Secara “Time Base”?
- Pengundi wanita penting bagi PRS
- Kejadian ‘nyapat’ ruai amat memalukan
- ‘Nyapat’ bertentangan adat Iban
- Ibu tunggal rayu tindakan elak banjir kilat berula...
- Masyarakat Kenyah masih perlu Jacob – BorneoPost O...
- Kerajaan negeri tiada rancangan miliki syarikat pe...
- Don´t judge too quickly (The best 1) - YouTube
- A touching commercial that rubs the deepest part o...
- A Parent's Love - I Cried After Watching This... -...
- Heart touching video about a perfect father - YouTube
- Extraordinary Pantene Commercial ♥ Violin ♥ 2012 -...
- SAPP: Warga asing dapat Mykad tetapi warga tempata...
- Syarikat digalak tambah penerbangan ke Sarawak – B...
- 6 Tip Elak Mengantuk di Pejabat (Menarik!)
- Nelayan Malaysia Membawa Pulang Ikan Mirip Naga (V...
- Tiga usul pembangkang ditolak – BorneoPost Online ...
- » Rajagobal: Pengkritik Harimau Malaya hanya tahu ...
- Ustazah Berzina Dengan Lelaki Ketika Suami Di Mekah
- » Senarai Pemain Kelantan 2013 | Sokernet
- Doa untuk Palestina, Gaza & Semua Kaum Muslimin
- Belum Ada Rancangan Bina Klinik Baharu Di Ngemah
- Anugerah Untuk Wira Dipertimbangkan
- Kesedaran Kesihatan Dan Keselamatan PKS Sarawak Ma...
- Kerajaan Tidak Akan Tunduk
-
►
Nov 20
(13)
- BNBBC Sarawak Akan Lebih Tegas, Lantang
- BN Bincang Persiapan PRU13
- Ibu Bapa Kaum Cina Harus Galak Anak-Anak Terlibat ...
- Jangan Pandang Ringan Isu Perpaduan Kaum
- Penduduk Lega Jalan Ban Siap Sepenuhnya
- Ahli SPDP Keluar Parti
- Banjir Di Baram Kian Pulih
- Penduduk Gembira
- Ketua Mesti Kemukakan Profil Kampung
- Pembangkang Sokong Belanjawan 2013
- Persidangan DUN Berlangsung Dengan Lancar
- Kewangan S’wak Terus Kukuh
- Tragedi 9/11 Bencana Terburuk Akibat Perbuatan Man...
-
▼
Nov 28
(35)
-
▼
November
(277)