Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Sarawak akan bersuara dengan lebih tegas dan lantang pada Persidangan Dewan Undangan Negeri yang bermula hari ini.
Pengerusi BNBCC Abdullah Saidol berkata pihaknya bukan sahaja akan bertegas mengenai isu di kawasan masing-masing tetapi juga mengenai kepentingan serta masa depan negara.
“Kami BNBBC Sarawak telah diperingatkan oleh Ketua Menteri untuk sentiasa mematuhi peraturan persidangan serta tidak takut untuk menyuarakan kehendak pembangunan di kawasan masing-masing.
“Pada masa yang sama, BNBBC Sarawak juga bersedia untuk berdepan dengan kerenah pembangkang yang sentiasa bising tetapi tiada keikhlasan dalam soal kepentingan rakyat,” katanya dalam kenyataan akhbar kepada Utusan Borneo.
No comments:
Post a Comment