Persiapan bersama parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) lain untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) adalah antara isu yang dibincangkan pada Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) semalam.
Perkara tersebut diberitahu oleh Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg menerusi sidang media selepas mesyuarat yang diadakan di ibu pejabat PBB, Jalan Bako dekat sini.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ketua Menteri merangkap Presiden PBB dan Pengerusi BN Negeri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
“Kita tidak tahu tarikhnya tapi jentera kita sentiasa bersiap sedia pada bila-bila masa pilihan raya diumumkan.
“Sekarang adalah masa bagi kita untuk mengemas kini persiapan khususnya di kalangan parti-parti komponen BN,” katanya.
No comments:
Post a Comment