Sarawak menyasarkan untuk menanam sejuta hektar pokok acacia menjelang 2020 dalam usaha membangunkan industri kayu-kayan di negeri ini.
Timbalan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) Hashim Bojet berkata, daripada sejuta hektar itu sebahagian besarnya akan digunakan untuk industri pulpa dan kertas.
“Sementara sebahagian besar daripada hasil itu nanti boleh digunakan untuk pembuatan perabot.
“Kalau kita kira daripada keseluruhan nilai eksport kayu getah di seluruh negara yang menyumbang RM7 bilion daripada RM20 bilion keseluruhan setiap tahun, namun Sarawak hanya menyumbang RM300 juta daripada RM7 bilion itu,” katanya.
No comments:
Post a Comment