Ramai pengguna tidak endah risiko pemakaian tali pinggang keledar belakang.
Kesedaran orang ramai terhadap risiko tidak memakai tali pinggang keledar, terutama bagi penumpang kenderaan, masih berada di tahap rendah.
Malahan, tahukah kita bahawa pada kelajuan 50km sejam, penumpang kenderaan yang memiliki berat badan 60 kilogram boleh menghentam tempat duduk hadapan dengan kesan impak 2.4 tan jika tidak menggunakan tali pinggang keledar?
Bagaimanapun, perkara itu mungkin tidak diendahkan memandangkan kajian yang dijalankan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menunjukkan, tahap kesedaran dan pematuhan undang-undang pemasangan tali pinggang keledar belakang di negara ini menunjukkan penurunan mendadak.
No comments:
Post a Comment