Tuesday, April 3, 2012

Kerajaan Prihatin

                                 pix_gal0


Betapa bertuahnya kita bila menjadi rakyat Malaysia. Tengok betapa prihatinnya kerajaan Malaysia yang kerap kali membantu rakyatnya dari kepompong kemiskinan tanpa mengira bangsa, kaum dan agama…

Bukan saja orang bawahan saja yang mendapat manfaat dari kebaikan kerajaan ini malahan golongan atasan juga dapat menikmati ‘bonus’ ini.

Apapun yang mengembirakan saya sekali ialah bila gaji kakitangan awam dinaikkan dan akan dibayar pula bulan ini(april) .. boleh la bayar hutang piutang saya walaupun tak naik tinggi sangat..hehehe…

p/s apa pun harap harga minyak akan kekal selepas PRU nanti..bukan itu saja malahan semua barangan..ini kerana bila harga barang atau minyak naik serupa juga dengan keadaan sekarang.. 

Penambahbaikan Proses PRU


Syor-syor yang dipersetujui semua Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya:

1. Memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia di luar negara sama ada mengundi di Perwakilan Malaysia atau secara pos.

2. Pengundi luar kawasan.

3. Tarikh pembubaran Parlimen.

4. Kerajaan sementara (caretaker government).

5. Penguatkuasaan peraturan sedia ada berhubung kesalahan memberikan maklumat palsu dalam urusan pendaftaran.

6. Akses media yang bebas dan saksama.

7. Pembersihan daftar pemilih yang berterusan.

8. Penelitian daftar pemilih bagi alamat-alamat yang mempunyai ramai pemilih berdaftar.

9. Bantahan terhadap daftar pemilih yang diperakui melalui aduan atau maklum balas daripada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan sebagainya.

10.Penggunaan alamat selain alamat pemastautin pada kad pengenalan sebagai alamat pendaftaran untuk menentukan bahagian pilihan raya.

11.Memperkasakan kedudukan SPR.

12.Penstrukturan dan pengukuhan SPR.

13.Memperluaskan Akademi Pilihan Raya.

14.Pengasingan fungsi utama SPR.

15.Pengagihan kerusi Dewan Rakyat bagi Sabah dan Sarawak.

16.Persempadanan bahagian pilihan raya yang seimbang.

17.Peruntukan dana kepada parti politik

18.Sistem pilihan raya baru.

Syor-syor yang tidak mendapat persetujuan sebahagian ahli jawatankuasa:

1. Memberi kemudahan mengundi secara pos kepada petugas SPR dan media.

2. Membenarkan prapendaftaran seseorang warganegara untuk didaftarkan sebagai pemilih apabila mencapai umur 20 tahun.

3. Memanjangkan tempoh berkempen.

4. Kajian ke arah pendaftaran secara automatik.

Exco Kedah Dirombak

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengesahkan akan berlakunya rombakan kecil dalam barisan EXCO berikutan pelantikan semula Datuk Phahrolrazi Zamawi dan Dr Ismail Salleh.

Tindakan MB Kedah membuat rombakan ini disebabkan tugas kedua-dua EXCO tersebut yang pernah digugurkan sebelum ini telah diberikan kepada EXCO lain.

Adakah kehadiran mereka berdua ini akan membantu pentadbiran negeri Kedah menjadi lebih efektif atau berkesan sedangkan sebelum ini mereka berdua digugurkan atas tindakan menolak kepimpinan MB Kedah sebagai MB.

Bagaimana pula dengan EXCO yang baru dilantik bagi mengantikan tugas mereka?Lawas Boy harap tiada EXCO-EXCO lain yang bermasam muka bila tugas mereka akan ditarik balik.

Jangan Guna Persatuan Untuk Berpolitik

Pengerusi Persatuan Ketua Masyarakat Iban Bahagian Sri Aman Pemanca Samuel Lawen menasihati ahli-ahlinya agar jangan menggunakan persatuan berkenaan sebagai pentas untuk berpolitik demi keuntungan dan pengaruh diri sendiri.

Beliau berkata, persatuan berkenaan ditubuhkan bagi memperkukuhkan kedudukan kaum Iban di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Di samping itu setiap ahli persatuan haruslah menggunakan peluang ini untuk mempertahankan budaya dan adat resam kaum mereka demi kebaikan generasi akan datang.

“Di sini saya menasihati anda semua (ahli) agar jangan menyalah guna persatuan ini seperti menjadikan ia sebagai pentas untuk berpolitik untuk mendapat pengaruh diri sendiri,” katanya.

PAS Sarawak Hargai Peranan Media

PAS Sarawak menghargai peranan media tempatan dalam mengetengahkan setiap isu yang berbangkit khususnya melibatkan isu-isu rakyat.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee berkata, pelbagai isu telah dibangkit oleh PAS Sarawak dan beberapa isu terbabit disiarkan dalam media tempatan.

“Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak media tempatan yang memberi ruang dan kerjasama dengan menyiarkan laporan yang kami ketengahkan selama ini,” katanya kepada Utusan Borneo.

Menurutnya, pihak media tempatan juga sentiasa menyiarkan berita tanpa sebarang tokok tambah atau memutar belit kenyataan yang boleh menimbulkan kemarahan pihak tertentu.


BN Tidak Akan Beri Laluan Mudah

Penyandang kerusi Parlimen P218 Sibuti Ahmad Lai Bujang dilihat tidak akan gentar berhadapan dengan calon pembangkang pada pilihan raya akan datang.

Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.61 Bekenu Kaunselor Jamali Basri berkata, sesiapa pun calon pembangkang yang berhasrat untuk merampas kerusi yang dipegang oleh calon Barisan Nasional (BN), maka BN tidak akan memberi laluan mudah kepada mereka.

“Kami tidak akan memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk merampas kerusi kami sebaliknya kamiakan mempertahankan ia secara berhabis-habisan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...