Wednesday, April 25, 2012

Pengundi Dayak Digesa Tolak SWP

Tuai Rumah Tungku Balang dari Nanga Sekuau di Selangau dekat sini, memiliki kepercayaan dan sokongan yang kuat kepada semua pemimpin, ahli dan penyokong parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) di negeri ini.

“Berhenti menuding jari dan berhujah di kalangan sesama kita (BN) sendiri sambil mendakwa parti itu adalah baik dan parti ini tidak baik.

“Kita dalam BN mesti sentiasa bekerjasama untuk memastikan kita boleh memenangi semua kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan datang,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Beliau berkata, pembangkang boleh menggunakan situasi tegang yang berlaku di antara parti-parti komponen BN sebagai satu peluang untuk memancing undi rakyat.

SWP Tidak Gugat BN...

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mendakwa penubuhan parti baharu iaitu Parti Pekerja Sarawak (SWP) tidak memberi kesan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kerana percaya rakyat kini lebih rasional untuk memilih..Selain itu penubuhan parti menjelang pilihan raya merupakan perkara biasa sama seperti sebelum ini dan ini juga perkara normal apabila parti baharu akan muncul bila pilihan raya dan kemudian selepas itu mereka hilang selepas pilihan raya..

Baru-baru ini Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah meluluskan sebuah parti baharu iaitu Parti Pekerja Sarawak (SWP) dengan menyaksikan Dr Ong Lark Sai sebagai presiden penajanya.

SUPP Harus Beri Tumpuan PRU13

Tumpuan harus diberikan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan bukannya membuat kenyataan terbuka mengenai masalah dalaman parti.

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Sibu Dato Sri Wong Soon Koh berkata, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Peter Chin harus berhenti memberitahu media mengenai perkara berkenaan.

“Datuk Seri Peter Chin pasti sudah berjumpa Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein).

“Saya juga ada bertemu dengan mereka bukan sahaja sekali tetapi dua kali dan kami diberi arahan untuk melakukan apa yang patut.

“Kami diarahkan untuk menumpukan Pilihan Raya Umum dan mengetepikan masalah parti,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Khas Untuk Rakyat di sini, semalam.

Ahli Parlimen Tidak Bertanding??

Spekulasi mengenai penyandang kerusi Parlimen 218 Sibuti Ahmad Lai Bujang tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kerana faktor kesihatan adalah tidak tepat sekali.

Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Sepupok Kaunselor Annuar Ahmad berkata dakwaan tersebut dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan Ahmad Lai.

“Semua khabar angin yang mendakwa Ahmad Lai tidak sihat adalah tidak benar dan tidak berasas dan spekulasi ini dikeluarkan oleh pihak yang iri hati dengan pencalonan semula beliau,” katanya ketika dihubungi kelmarin.

Ahmad Lai Tepis Dakwaan Tidak Sihat

Penyandang kerusi Parlimen P218 Sibuti Ahmad Lai Bujang menepis dakwaan yang mengaitkannya sebagai individu tidak sihat untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) kelak.

Beliau memberitahu, dakwaan sedemikian hanya merupakan spekulasi liar pihak tertentu yang berhasrat untuk menggugat kreabilitinya sebagai wakil rakyat di kerusi terbabit.

“Hampir empat tahun setengah saya berkhidmat untuk rakyat dan tidak pernah sekalipun saya meng- ambil cuti rehat berbanding wakil rakyat lain dan ia bukti kukuh bahawa saya sihat,” katanya ketika ditemui kelmarin.

Ahmad Lai memberitahu, beberapa pihak sengaja mencari jalan untuk merebut kerusi itu termasuk mengeluarkan isu-isu peribadi bagi meraih sokongan rakyat.

“Sekarang adalah musim pilihan raya dan pelbagai pihak yang tidak sependapat dengan kerajaan akan mengeluarkan isu-isu tertentu termasuk menyerang peribadi calon untuk mendapat sokongan,” jelasnya.


Sekat Radio Free Sarawak...

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya menyekat penyebaran luas saluran Radio Free Sarawak SW2 (15,420 kHz) yang dilihat memburuk-burukkan kerajaan..beliau juga berkata radio yang diperkenalkan parti pembangkang itu hanya bertujuan untuk mengkritik kerajaan menjelang pilihan raya.

Semalam beliau menggesa agensi terbabit mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebaran luas Radio Free Sarawak dengan menghentikan frekuensi radio pembangkang itu berikutan radio terbabit mempunyai unsur-unsur hasutan dan fitnah serta menjadikan bahasa Iban sebagai bahasa pengantara.

Selain itu juga kebanyakan fakta yang diperdengarkan kepada orang ramai melalui radio itu adalah tidak tepat dan memberi kesan negatif kepada pendengar khususnya di kawasan luar bandar dan sengaja memutar belit fakta berkaitan polisi kerajaan, program-program pembangunan kerajaan dan sebagainya.

Hentikan Operasi Teksi Haram

Ahli Persatuan Gabungan Teksi Bahagian Kuching kecewa kerana pendapatan mereka terjejas akibat saingan teksi-teksi haram yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) sejak 15 tahun lalu.

Jurucakap persatuan terbabit, Abang Ideris Abang Jemali memberitahu bahawa operasi ‘kereta sewa pandu sendiri’ (teksi haram) dan pelancongan di LTAK sejak 1997 lalu ternyata memberi tamparan hebat kepada me-reka yang menanggung ke-rugian besar.

“Kami (pengendali teksi) berkupon yang diiktiraf oleh Malaysia Airport Berhad (MAB) di LTAK terpaksa menanggung kerugian besar akibat operasi teksi-teksi haram terbabit,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Abang Ideris yang juga bekas pengerusi Persatuan Teksi Bumiputera Bahagian Ku-ching (PTBBK) berkata, pi-hak Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) difahamkan telah mengeluarkan sebanyak empat lesen teksi mewah kepada syarikat ter-babit beroperasi di LTAK.

Namun katanya, syarikat terbabit telah menyalahgunakan permit yang diperolehi daripada Kementerian Pelancongan Malaysia sebagai Kenderaan Sewa Pandu (KSP).


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...