Monday, July 30, 2012

DAP Cabar SUPP Isu Rasuah

Setiausaha DAP Negeri Chong Chieng Jen mencabar SUPP tampil membuat pendirian mereka berhubung indeks persepsi rasuah antarabangsa kerajaan Malaysia yang jatuh kepada kedudukan 60 pada 2011 berbanding 37 pada 2003.

Beliau memberikan tempoh tiga hari kepada tiga calon berpotensi SUPP, Kaunselor Tan Kai, Pengerusi MPP Lo Khere Chiang dan Wilfred Yap untuk menjelaskan sama ada pemimpin Barisan Nasional (BN) menyumbang kepada kejatuhan itu.

“Apa pendapat SUPP terhadap perkara ini? Kedudukan Malaysia terus jatuh dan jelaskan sama ada pemimpin BN menyumbang kepada perkembangan tidak sihat ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di sini semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Parlimen Bandar Kuching itu turut mencabar tiga pemimpin SUPP berkenaan berhubung isu pemberian kontrak baik pulih bangunan dan jambatan yang dimonopoli oleh syarikat milik pemimpin dan keluarga BN.

Katanya, 6,000 ekar tanah kerajaan diberikan kepada syarikat milik pemimpin BN pada harga yang murah dan apa pendirian SUPP atas perkara itu.


Jangan Terpangaruh Dengan Pemimpin Iban Dalam SWP

Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat mengingatkan pengundi di kawasan Parlimen Sri Aman terutama di luar bandar agar tidak mudah terpengaruh dengan kempen politik pemimpin Iban dalam Parti Pekerja Sarawak (SWP) ketika ini.

Menurutnya, dakwaan SWP adalah rakan mesra Barisan Nasional (BN) adalah tidak benar sama sekali.

Dengan menyatakan bahawa mereka (SWP) adalah mesra BN maka rakyat terutama dari kawasan luar bandar dalam Parlimen Sri Aman akan terus bertindak menyokong mereka.

SWP bukan BN. Tujuan SWP menghebahkan SWP mesra rakyat untuk mengelirukan rakyat semua, lagipun kerancakan pembangunan yang berlaku ketika ini adalah satu bukti hasil usaha gigih kerajaan BN selama ini..


Insuran Bagi Pengundi SWP...

Tindakan Parti Pekerja Sarawak (SWP) memberi insurans nyawa kepada setiap ahli yang menyertai SWP adalah semata-mata untuk memancing undi supaya rakyat memberi sokongan kepada parti tersebut..itu adalah kenyataan salah seorang Ahli Parlimen di Sarawak dan merasakan tindakan SWP itu hanya janji palsu memandangkan setakat ini belum ada sebuah parti di dunia ini yang memberi insurans nyawa kepada setiap ahli yang menyertai parti berkenaan.

Menurut YB tersebut SWP akan berjanji memberi insurans nyawa berjumlah RM15,000 kepada setiap ahlinya yang meninggal dunia adalah tidak benar sama sekali, ini kerana sekiranya benar, kenapa SWP tidak memberi insurans nyawa kepada salah seorang warga tua yang meninggal dunia di Rumah Nading, Sebangki Pandak, Lubok Antu yang meninggal dunia selepas pemimpin-pemimpin SWP berceramah di rumah panjang itu pada 22 Julai lalu..

Jadi kalau benar SWP mahu bagi insuran nyawa..buktikan!!!


Polis Bimbang??

Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) menjadi kebimbangan utama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan keselamatan negara terkawal daripada tindakan eksploitasi oleh pihak ekstremis politik.

Hakikat itu menurut salah seorang pegawai tertinggi polis di cawangan khas terdapat pihak yang menjadikan masjid sebagai platform untuk menghasut bagi menghadapi PRU yang akan diadakan tidak lama lagi.

Bagi LawasBoy kenyataan pegawai polis tersebut memang ada benarnya memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum dan agama, jika tidak dijaga dan dikawal daripada eksploitasi oleh pihak ekstremis sosial, agama dan politik, ia mungkin akan memudaratkan keselamatan negara.




Galak Kanak-Kanak Merokok?

Apa sudah jadi???

Ketika Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sibuk berkempen untuk mengurangkan jumlah penghisap rokok di negara ini, ada pula sesetengah pihak yang cuba menggalakkan aktiviti yang kurang sihat ini di peringkat kanak-kanak.

Menurut sumber yang dipercayai beberapa kedai runcit dan kedai serbaneka di sini semalam mendapati hampir kesemua premis yang dilawati ada menjual Smoke Candy atau gula-gula rokok untuk kanak-kanak.

Gula-gula yang dijenamakan dengan jenama-jenama rokok yang terkenal seperti Marlboro, Kent, Camel dan rokok 888 ini disusun bersama-sama produk makanan lain untuk kanak-kanak.

Untuk menarik minat orang membeli gula-gula ini, Smoke Candy ini dibungkus menyerupai corak dan reka bentuk rokok sebenar yang berada di pasaran.

Dimuatkan lima batang ‘rokok’ dengan harga serendah 30 sen setiap kotak memang tidak mustahil untuk gula-gula jenis ini menjadi kegilaan golongan kanak-kanak yang mahu berketerampilan seperti orang dewasa.

Lebih membimbangkan keadaan, Smoke Candy dan beberapa lagi gula-gula berjenama terkenal yang dipercayai diimport dari negara China tidak mempunyai sebarang label nutrisi termasuk kelulusan daripada mana-mana pertubuhan berdaftar di Malaysia.


Wednesday, July 25, 2012

Mawan Terdiam Bila Judat Berundur

Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Tan Sri William Mawan Ikom memilih untuk berdiam diri buat sementara waktu.

“Saya hanya akan memberi kenyataan apabila tiba masanya,” katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sekiranya matlamat perjuangan parti sebagai parti pemerintah di Sarawak akan terjejas dengan hanya seorang wakil rakyat Dewan Undangan Negeri sahaja yang tinggal.

Mawan, yang juga ADUN Pakan merupakan wakil rakyat DUN tunggal di SPDP selepas penarikan diri oleh ADUN Meluan Wong Judat.

Judat yang juga Naib Presiden SPDP membuat kenyataan untuk meninggalkan SPDP dan menyertai Parti Pekerja Sarawak (SWP) selepas majlis Pentas Rakyat SWP di Kanowit malam Sabtu lepas.


Judat Tak Bermaruah..

Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan Wong Judat keluar Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan menyertai Parti Perja Sarawak (SWP) adalah tidak bermaruah.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) Abdul Karim Rahman Hamzah berkata sebaliknya tindakan Judat itu seperti bermain kayu tiga.

Abdul Karim yang juga Menteri Muda Perumahan dan Pembangunan Belia, berkata rakyat akan menentukan kedudukan dan masa depan wakil rakyat terbabit pada pilihan raya nanti.

“Dalam konteks Barisan Nasional (BN) kita perlu akur dengan prinsip-prinsip dan perjuangan parti, bukannya mengikut kehendak diri sendiri,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Abdul Karim berkata tindakan Judat keluar parti itu ternyata tidak memiliki kredibiliti yang unggul sebagai seorang ahli politik berjiwa rakyat.


Bekas Pemimpin BN Penting Diri??

Seorang Ahli Parlimen di Sarawak menasihati beberapa pemimpin veteran yang sebelum ini pernah menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan kini bertindak menentang kerajaan BN agar melupakan hasrat mereka itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti..ini kerana beberapa pemimpin BN sebelum ini seperti Datuk Sng Chee Hua, Jawah Gerang dan Donald Lawan mengajak rakyat menentang kerajaan BN.

Tindakan mereka ini menurut beliau harus diberhentikan kerana sepatutnya mereka ini harus membantu BN menaik taraf hidup rakyat bukannya mengajak rakyat menentang BN..Selain itu beliau juga menasihati para tuai rumah dan rakyat di kawasan beliau agar berhati-hati dengan tindakan segelintir pihak yang sedang meracuni pemikiran rakyat menerusi kempen yang dilancarkan mereka ketika ini.




Tuesday, July 24, 2012

Langkah Judat Keluar SPDP Dialu-Alukan

Pengumuman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan Wong Judat untuk keluar daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) pada 31 Julai ini adalah cara terbaik untuk mengelakkan sebarang konflik antara Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan SPDP.

Setiausaha PRS Cawangan Skuau Tungku Balang menegaskan bahawa Judat wajar berbuat demikian kerana beliau merupakan musuh dalam selimut Barisan Nasional (BN).

Tindakan beliau (Wong) akan menjernihkan lagi hubu-ngan antara PRS dan SPDP.

Ini akan mengukuhkan lagi hubungan kedua-dua parti ini sekali gus memadamkan beberapa spekulasi yang tidak baik terhadap kedua-dua parti tersebut. Dengan ini bertambah baiklah hubungan kami dengan SPDP untuk terus bersatu menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.


Wednesday, July 18, 2012

Tiba Masa Diamkan Pelampau

Golongan pelampau yang sekadar minoriti, akan terus berleluasa sekiranya tidak dikekang khasnya dalam gerakan politik..kata-kata tersebut merupakan pandangan seorang menteri Sarawak yang berharap golongan majoriti tidak boleh berdiam diri lagi kerana sudah tiba masanya untuk mereka mula bertindak dan bersuara bagi mendiamkan pelampau..

Ini kerana golongan pelampau merupakan orang ‘paling bising’ kerana mahu meraih populariti dan mereka berjaya, kerana majoriti tidak berbuat apa-apa mengenainya..Ambil contoh perhimpunan Bersih, hanya sebilangan kecil daripada beberapa juta rakyat Malaysia yang menghadirinya dan ia merupakan petanda ramai yang tidak bersetuju dengan perkara itu, tetapi tidak melakukan apa-apa..

masalahnya siapa kami sebagai rakyat untuk mengekang tindakan-tindakan mereka yang melakukan kontroversi ini, adakah suara kami sebagai rakyat di negara ini dituruti atau didengar?....paling penting jangan halang pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap puak pelampau ini..

Tuesday, July 17, 2012

Isu Pembangkang Tidak Relevan????

Seorang Ahli Parlimen di Sarawak berkata semua isu yang dimainkan oleh parti pembangkang ketika ini adalah tidak relevan sebaliknya isu-isu yang timbul disebabkan parti politik itu ketandusan idea atau terdesak untuk sokongan rakyat..ini kerana setiap kali pembangkang dikatakan akan memainkan isu yang sama setiap masa tak kira di mana jua berada..paling kerap isu yang dimainkan oleh pihak terbabit ialah mengenai isu kebajikan atau keperluan rakyat seperti jalan raya, kemudahan bekalan air dan elektrik..

bagi Lawasboy isu-isu yang dimainkan oleh pihak pembangkang khususnya di kawasan pedalaman ada benarnya..sebab kalu dilihat di kawasan-kawasan tertentu memang keadaannya terlalu daif..ada yang tidak ada air selama beberapa hari..contohnya di lawas amnya bila waktu hujan jer komfirm air paip x ada..konon ditutup sebab mengelakkan air kotor di empangan..sampai bila??dah bertahun2 sama juga..jalan raya???memang jalan sering diturap namun hanya bertahan seketika sahaja sebab tar nipis sangat sedangkan perbelanjaan menelan perbelanjaan yang tinggi..jadi di manakah penyelesaiannya??kami sebagai rakyat telah lama menunggu tapi sampai bila?....


SWP Pembohong???

Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau Badak mendakwa Parti Pekerja Sarawak (SWP) yang dipimpin Larry Sng amat pandai membohongi rakyat di negeri ini dengan menyatakan bahawa partinya mesra Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, hanya empat parti komponen Barisan Nasional (BN) di Sarawak iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP).

Sehubungan itu pemimpin tertinggi SWP yang menyatakan parti itu adalah parti mesra BN adalah tidak benar sekali.

Beliau berkata, hanya sebuah parti daripada kalangan empat komponen BN itu yang memakai lambang dacing dalam sebuah kawasan Parlimen Pada Pilihan Raya Umum (PRU) nanti se-perti mana yang telah ditetapkan oleh pemimpin tertinggi BN peringkat pusat mahupun negeri selama ini.


Elakkan Berpuak-Puak Dalam Parti

Amalan berpuak-puak dalam parti politik hanya akan melemahkan kekuatan atau keutuhan parti terbabit seterusnya menjadikan parti itu terumbang-ambing ketika menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dan tidak menafikan terdapat segelintir pihak masih mengamalkan sikap berpuak-puak meski-pun berada dalam parti politik yang sama.

Dalam keadaan politik kita dari dulu sehinggala sekarang memang berlakunya masalah ini dan amalan berpuak-puak dalam parti timbul apabila seseorang individu berpengaruh gagal melobi pada PRU atau tidak menyukai calon yang diketengahkan oleh parti..selain itu juga individu terbabit kemungkinan kecewa atau hampa dengan calon pilihan parti..jadi atas alasan itu, mereka berusaha menjatuhkan calon terbabit terutama parti dengan berpihak kepada parti lawan..

BN Gabung Jentera Parti

Barisan Nasional (BN) Negeri Sarawak kini dalam usaha melakukan penggabungan bersepadu jentera parti komponennya bagi mengukuhkan soko-ngan pengundi Cina di bandar raya ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Konstituensi yang disasarkan ialah Batu Lintang, Batu Kawah, Pending, Bandar Kuching dan Stampin.

Menurut Pengerusi Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Bahagian Pending Athanasius Audie Chua mereka akan melancarkan ‘1BN’ iaitu melibatkan jentera parti komponen BN Negeri kerana mahu BN Negeri bersatu padu serta untuk mengukuhkan lagi sokongan pengundi terutama daripada kaum Cina kerana sokongan mereka amat penting bagi meyokong kerajaan khususnya BN..

Monday, July 16, 2012

Wong Judat Vs Joseph Salang???

Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Tan Sri William Mawan kekal tenang mengumpul segala urusan Wong Judat-Joseph Salang untuk parti mencari penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan isu terbabit.

Memberitahu pemberita di sini semalam, Mawan berkata telah banyak rundingan dan perbincangan dilakukan berkaitan isu melibatkan ADUN Meluan Wong dan Ahli Parlimen Parti Rakyat Sarawak (PRS) di Julau Datuk Joseph Salang Gandum.

Difahamkan, Wong yang juga Naib Presiden SPDP telah bertemu Mawan baru-baru ini dan memberikan presiden parti itu tempoh untuk mengambil keputusan sama ada parti menyokong pihaknya atau beliau sendiri akan bertanding menentang Salang, atau sama ada kembali pada keputusan pro-Salang.

Mawan sudah berada pada keadaan yang sukar untuk memilih, dan bakal menyaksikan kemungkinan Wong meletak jawatan daripada parti untuk menyertai Parti Pekerja Sarawak (SWP) di mana penggerak utama Datuk Sng Chee Hua telah berikrar untuk memenangi semua kerusi PRS pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Mawan tidak dapat menghentikan Wong daripada meletak jawatan untuk bertanding di Julau, walaupun beliau akan mengganggu PRS yang akan mencalonkan Salang untuk mempertahankan kerusinya.


Cina Harus Beralih Sokong BN

Senator Datuk Idris Buang semalam menyampaikan mesej kepada pengundi Cina di bandar agar mengubah minda pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti dengan beralih sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Ini kerana, jelas beliau sokongan daripada masyarakat itu amat diperlukan dalam memastikan pelan transformasi kerajaan terutama Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) dapat direalisasikan dengan sempurna.

Visi kerajaan adalah berpandangan jauh iaitu membangunkan ekonomi negeri serta menyediakan peluang pekerjaan kepada generasi baharu menjelang tahun 2020 dan 2030

Pendidikan Cegah Jenayah...

Pendidikan memainkan peranan penting dalam mengurangkan kadar jenayah kerana pendidikan boleh membantu membentuk sikap dan akhlak seseorang individu menjadi lebih baik dan bermoral..walaupun kadar jenayah meningkat di kebanyakan negara namun dengan pendidikan yang baik, golongan muda akan membesar dan belajar tentang nilai-nilai positif yang boleh menghindarkan mereka daripada terpengaruh dan seterusnya terjebak dalam kancah jenayah..Pendidikan yang baik bukan hanya menyediakan platform untuk menjadikan seseorang individu itu berjaya malah boleh memberikannya kekuatan untuk membina sikap yang bermoral, menghormati diri sendiri dan meningkatkan pengetahuan mengenai sikap sosial yang lebih baik..

Nilai-nilai murni berasaskan pendidikan adalah tunjang kepada pembangunan individu tanpa mengira umur mahupun jantina mereka, ini kerana pendidikan akan membentuk seseorang itu dalam tiga aspek iaitu fizikal, mental dan sikap..jadi melalui pendidikan, remaja dan belia boleh menyemai dan belajar nilai-nilai moral seperti kepercayaan terhadap Tuhan, pentingnya kerja keras, menghormati diri sendiri dan mengetahui mana yang buruk dan baik..


Wednesday, July 11, 2012

Harga Barangan KR1M Mahal???

Benar ker dakwaan pihak tertentu mengatakan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) menjual beberapa produk keperluan harian pada harga lebih mahal berbanding dijual oleh beberapa pasar raya tempatan di Sarawak??..apa sudah berlaku???di manakah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk mengatasi dan menyiasat masalah isu ini..

Apa tujuan sebenar KR1M ini dilaksanakan??bukankah KR1M ini diwujudkan untuk menjual barangan keperluan pada harga murah bagi meringankan beban rakyat tetapi lain pula jadinya pabila ada aduan mengatakan harga barangan yang dijual di situ lebih mahal berbanding harga di beberapa pasar raya tempatan...

So harap pihak KPDNKK harus memantau masalah ini bagi memastikan dasar kerajaan dilandasan yang betul dan benar membantu rakyat...



Wakil BN Berpaling Tadah???

Beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) didakwa menunjukkan minat untuk menyertai parti-parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) kelak..ini diakui oleh Ketua PKR Sarawak Baru Bian yang mana khabar angin ini akan terjadi apabila wakil rakyat dari Sarawak dan Sabah akan menyokong pembangkang seterusnya menyertai PR..Walaupun enggan mendedahkan nama dan jumlah, namun beliau mendakwa tindakan wakil rakyat tersebut mencerminkan mereka tidak setuju dengan dasar-dasar BN.

Baru Bian yang juga ADUN Ba’Kelalan berkata lagi, sokongan terhadap pembangkang kian bertambah.
Lawatan ke Kota Kinabalu pada Ahad lepas katanya menunjukkan sambutan orang ramai terhadap pembangkang amat memberangsangkan.

Tuesday, July 10, 2012

Masuk BN Jika Menang??

Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat menasihatkan rakyat di kawasan Parlimen Sri Aman agar tidak mudah terpedaya dengan kempen oleh pihak tertentu yang mendakwa bahawa mereka boleh masuk Barisan Nasional (BN) sekiranya menang sebaik sahaja berakhir Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Beliau berkata, dakyah itu hanya sekadar untuk memancing undi supaya rakyat bersama pihak terbabit menjelang kempen PRU nanti.

Saya amat berbangga apabila mendapati bahawa anda (rakyat) di kawasan Parlimen Sri Aman masih menaruh kepercayaan dan keyakinan terhadap BN berdasarkan kepada sokongan kepada kerajaan sebelum ini.

Saya berharap agar anda di kawasan Parlimen Sri Aman terus memberi sokongan kepada BN dan bukannya kepada pihak pembangkang atau calon Bebas pada pilihan raya nanti...


PRS Bidas SWP???

Musuh Parti Rakyat Sarawak (PRS) iaitu Parti Pekerja Sarawak (SWP) dikatakan tidak berani bertanding di kawasan yang pernah mereka menangi dalam beberapa pilihan raya dahulu kerana dianggap penipu oleh rakyat-rakyat di kawasan tersebut..

Presiden SWP, Larry Sng masih kurang pasti kawasan yang ingin ditandinginya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kerana takut dengan bayangnya sendiri..menurut khabar bahawa anak Datuk Sng Chee Hua ini bakal bertanding di kawasan Parlimen Lubok Antu menentang William Nyalau kerana beliau lari daripada janji yang pernah dilemparkan kepada rakyat di Selangau dan Julau yang tidak ditunaikan selama ini.

Ada juga sumber berpendapat bahawa berikutan bapa dan anaknya pernah membohongi rakyat di kawasan di Selangau, Hulu Rejang mahupun di Julau maka Larry mungkin berminat bertanding di Lubok Antu kerana dia berfikir bahawa rakyat Lubok Antu belum tahu perangainya secara mendalam ketika ini.



Buaya Harus Ada Tempat Perlindungan..

Jabatan Perhilitan perlu segera mewujudkan satu dasar bagi mengatasi masalah serangan buaya di negeri Sarawak yang kian menjadi-jadi dan mengharapkan agar satu tempat perlindungan khas bagi haiwan itu diwujudkan bagi memastikan populasi spesies berkenaan tidak mengancam keselamatan manusia.

Jabatan Perhilitan juga perlu bertindak melakukan sesuatu kerana buaya ketika ini sedang mengganas bagi meneruskan kelangsungan hidupnya. Jabatan dan kementerian berkenaan perlu memikirkan jalan terbaik untuk itu kerana tempat habitat buaya kini kian terancam dan disebabkan itu buaya berpindah ke muara..

Monday, July 9, 2012

SWP Parti Balas Dendam Terhadap PRS..

Parti Pekerja Sarawak (SWP) adalah bukan parti mesra Barisan Nasional (BN) yang memperjuangkan nasib Dayak luar bandar seperti mana dakwaan para pemimpin tertingginya sebelum ini. 

Sebaliknya SWP adalah parti balas dendam keluarga Datuk Sng Chee Hua kepada Parti Rakyat Sarawak (PRS) apabila anaknya Larry Sng tidak dicalonkan semula bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) April tahun lalu. 

Hasrat SWP untuk bertanding di enam kerusi Parlimen milik PRS di negeri ini adalah mudah difahami kerana balas dendam apabila anaknya Larry tidak bertanding mempertahankan kerusi DUN Pelagus.


Wednesday, July 4, 2012

SWP Bukan Kawan BN??

Sekali lagi Masir Kujat menegaskan bahawa hasrat Parti Pekerja Sarawak (SWP) yang menyatakan mereka adalah rakan karib Barisan Nasional (BN) adalah kenyataan yang salah dan mengelirukan rakyat..ini kerana SWP dikatakan akan bertanding dan menyatakan hasrat untuk meletakkan calon-calon mereka menentang calon Parti Rakyat Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-13(PRU13)..

SWP sememangnya anti-BN dan PRS, hasrat untuk menumbangkan semua calon PRS pada PRU13 nanti adalah objektif utama mereka..Memang telah ketahui bahawa SWP ini akan meletakkan semua calon mereka di semua kerusi PRS pada PRU13 nanti dan ini membuktikan bahawa SWP bukan rakan karib BN malah mereka sudah menjadi ‘musuh BN’ dan BN akan menentang mereka ini berhabisan selepas ini.

Bagi LawasBoy tindakan SWP ini ingin menentang PSR kemungkinan besar rasa ketidakpuasan hati ahli-ahli SWP yang mana mereka ini adalah bekas ahli PRS..so rasa BN harus melihat keadaan ini dan mengkaji serta menyiasat apakah yang telah terjadi dalam kepimpinan parti PRS sebelum ini..



Kedai Rakyat 1Malaysia Hebat...

Nah!!terbukti kerajaan amat prihatin terhadap rakyat, buktinya pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia di Sarawak yang pertama dilancarkan di Batu 11, Jalan Kuching-Serian mendapat sambutan yang menggalakkan dari pengunjuung yang dikatakan tidak putus-putus datang untuk membeli barang mahupun 'window shopping' di situ..

Pembukaan KR1M ini amat dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Sarawak kerana mengurangkan bebanan dalam pembeliana barangan harian..so harap KR1M boleh beroperasi di seluruh negeri Sarawak khususnya di pedalaman kerana majoriti penduduk di kawasan tersebut boleh membeli barangan keluaran KR1M dengan mudah dan murah..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...