Monday, July 30, 2012

Galak Kanak-Kanak Merokok?

Apa sudah jadi???

Ketika Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sibuk berkempen untuk mengurangkan jumlah penghisap rokok di negara ini, ada pula sesetengah pihak yang cuba menggalakkan aktiviti yang kurang sihat ini di peringkat kanak-kanak.

Menurut sumber yang dipercayai beberapa kedai runcit dan kedai serbaneka di sini semalam mendapati hampir kesemua premis yang dilawati ada menjual Smoke Candy atau gula-gula rokok untuk kanak-kanak.

Gula-gula yang dijenamakan dengan jenama-jenama rokok yang terkenal seperti Marlboro, Kent, Camel dan rokok 888 ini disusun bersama-sama produk makanan lain untuk kanak-kanak.

Untuk menarik minat orang membeli gula-gula ini, Smoke Candy ini dibungkus menyerupai corak dan reka bentuk rokok sebenar yang berada di pasaran.

Dimuatkan lima batang ‘rokok’ dengan harga serendah 30 sen setiap kotak memang tidak mustahil untuk gula-gula jenis ini menjadi kegilaan golongan kanak-kanak yang mahu berketerampilan seperti orang dewasa.

Lebih membimbangkan keadaan, Smoke Candy dan beberapa lagi gula-gula berjenama terkenal yang dipercayai diimport dari negara China tidak mempunyai sebarang label nutrisi termasuk kelulusan daripada mana-mana pertubuhan berdaftar di Malaysia.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...