Thursday, April 12, 2012

PKR Bertanding 10 Kerusi Parlimen

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan akan bertanding di 10 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak, sementara menunggu kata sepakat Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berhubung kerusi yang wujud pertindihan tuntutan.

Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian berkata, setakat ini mereka akan memberi tumpuan terhadap kerusi yang sudah pasti bakal ditandingi mereka.

“Kami belum dapat mengumumkan kerusi-kerusi tersebut secara rasmi dan saya rasa anda dapat teka,” katanya ketika dihubungi semalam.

Baru berkata, kali ini parti akan lebih realistik dengan meletakkan fokus di kawasan yang mampu menang sahaja.

PAS Tidak Beri Ruang Mudah Kepada BN

Nampaknya PAS Sarawak tidak akan tidak memberi ruang yang mudah kepada Barisan Nasional (BN) memenangi mana-mana kerusi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang walaupun terpaksa meletakkan calon daripada kaum Iban.

Ini berikutan kenyataan Ketua Penerangan PAS Sarawak semalam mengesahkan parti itu akan meletakkan dua calon Iban untuk bertanding mewakilinya iaitu di kerusi Sibuti dan satu lagi, sama ada di kerusi Igan atau Tanjung Manis.

Seperti yang kita ketahui PAS berani meletakkan calon berbangsa Iban berdasarkan kepada keputusan pilihan raya negeri yang lepas dan PAS kali ini amat yakin akan memenangi beberapa kerusi ekoran sokongan rakyat negeri ini yang semakin meningkat...tindakan PAS meletakkan dua calon profesional Iban di kerusi berkenaan kelak, adalah untuk membuktikan kesediaan dan dedikasi parti itu untuk berkhidmat kepada rakyat negeri ini tanpa memilih bangsa dan agama, sekali gus ia akan membersihkan isu ‘cawat’ yang heboh diperkatakan sedikit masa dahulu.

Jadi nampaknya orang Iban dah memaafkan dan mula bekerja sama dengan PAS??betul ker ni..apa-apa pun yang pasti kita akan tengok dan lihat keputusan PRU kelak..

Bandar Kuching Mencabar Bagi BN

Sokongan kuat terutama generasi muda kepada parti politik pembangkang khasnya mungkin menjadi satu cabaran kepada Barisan Nasional (BN) untuk menawan semula kerusi Parlimen Bandar Kuching.

Dengan senario politik dan kehendak rakyat yang semakin berbeza berbanding dahulu serta sistem penyampaian kepada rakyat juga penyumbang kepada sokongan akar umbi sesebuah parti.

Semalam temu bual bersama beberapa pemilik kedai di sekitar Jalan Padungan mendedahkan ada di kalangan mereka merasakan peluang BN untuk mendapatkan semula Parlimen di bawah Parti Tindakan Demokratik (DAP) kini di bawah penyandangnya Chong Chieng Jen satu perkara yang ‘sukar’.

Christy,25, seorang pemilik kedai runcit di Jalan Padungan berkata, sokongan padu daripada generasi muda kepada parti pembangkang, memberikan peluang tipis kepada BN untuk menawan semula kerusi Bandar Kuching.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...