Thursday, August 2, 2012

Lelaki Dirasuk Ketika Memancing Dalam Semak

Walau di mana pun kita berada, apa juga yang kita lakukan, pasti ada sesuatu yang mengekori kita tanpa kita sedari atau kita telah memasuki sesuatu kawasan larangan yang pastinya kita tidak nampak dengan mata kasar..Jadi kita harus berhati-hati sentiasa..

Ini kerana seorang lelaki dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas berkelakuan aneh dipercayai dirasuk ketika memancing di sebuah semak berdekatan tempat kerjanya, malam kelmarin.

Mangsa, 18, berasal dari Kerokong, Bau semasa kejadian dikata-kan bersama seorang rakan sedang memancing di sebuah sungai berdekatan asrama mereka di Batu 9, Jalan Kuching-Serian sekitar jam 8 malam.

Bagaimanapun, menurut rakan mangsa, mereka telah dikejutkan dengan bunyi teriakan burung yang kemudian menyebabkan mangsa tiba-tiba meraung dan meracau.

Rakan mangsa cuba menenangkannya, tetapi gagal sebaliknya mangsa kelihatan lebih agresif sehingga menyebabkan mangsa terpaksa mendapatkan pertolongan daripada rakan-rakan lain.


Punca Seludup Diesel??

Apakah punca berlakunya minyak diesel subsidi di seludup?bagaimana boleh berlaku?kemungkinan ada dalang tak??
sejumlah 3,000 liter minyak diesel subsidi bernilai RM5,400 berjaya dirampas dalam satu operasi bersepadu yang diadakan Pasukan Polis Marin (PPM) Miri bersama anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri di sini awal pagi semalam.

Selain diesel, pasukan polis terbabit yang diketuai seorang pegawai dari PPM Miri dan disertai lima anggota turut merampas sebuah lori tiga tan berwarna putih dengan bahagian belakangnya telah diubah suai sepenuhnya menjadi sebuah tangki besar untuk memuatkan diesel tersebut.

Menurut sumber, dalam operasi itu, pasukan polis terbabit telah menahan sebuah lori yang dalam keadaan mencurigakan dengan bahagian belakangnya ditutupi kanvas untuk tujuan pemeriksaan kerana disyaki menyeludup diesel subsidi.

Ketika ditahan sekitar jam 2.30 pagi di Jalan Miri-Pujut di sini, mendapati lori terbabit yang dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun ada membawa muatan diesel berjumlah 3,000 liter dipercayai diesel subsidi.


Sabar Sampai Bila??

Rakyat di konstituensi Santubong dinasihatkan agar bersabar untuk menunggu pembangunan infrastruktur yang akan dilaksanakan di kawasan masing-masing.

Ahli Parlimennya Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pelaksanaan terutamanya yang melibatkan projek-projek mega akan memerlukan sedikit masa untuk diselesaikan dan bergantung kepada agensi pelaksana.

Beliau juga berkata, kerajaan telah menyenaraikan semua pembangunan kepada rakyat tetapi kita berharap anda memberi sedikit masa bagi menyelesaikan pelaksanaannya..sebagai contoh misalnya projek benteng yang sedang dilaksanakan akan memerlukan sedikit masa untuk disiapkan dan yakin ia mampu disiapkan menjelang akhir tahun ini.

Secara keseluruhannya,jabatan kerajaan terutamanya Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mencapai kecemerlangan dalam sebahagian daripada projek mereka untuk menyelenggara dan menaik taraf infrastruktur asas..

!!!Apa yang penting sekali, pastikan semua projek-projek bukan saja di Santubong malah di tempat lain berkualiti dan tahan lama supaya rakyat dapat menikmati kemudahan tanpa sebarang masalah-masalah yang mungkin menimbulkan ketidakpuasaan rakyat..!!


PSM Dan DAP Bertelagah??

Parti Sosialis Malaysia (PSM) dikatakan bertelagah dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengenai pengisian kerusi calon di DUN Jelapang..

Menurut dalaman parti PSM, mereka tidak akan berundur dari DUN Jelapang pada PRU nanti untuk menentang BN dan akan meletakkan calon walaupun mendapat tentangan dari DAP..mereka mengharapkan agar DAP memberi laluan kepada mereka kerana mendapati permintaan mereka meletakkan calon di dun tersebut tidaklah keterlaluan.

PSM juga yakin dapat meletakkan calon di sana berbanding DAP kerana dikatakan penduduk di situ mula menyokong kepimpinan PSM..

Namun apa yang pasti, ketua DAP negeri akan tetap meletakkan calon mereka di dun tersebut juga..

Jadi siapa yang rasa layak bertanding di situ, sama-sama kita tunggu pada PRU nanti..dan pasti parti manapun yang bertanding akan berentap menentang BN..

Kawal Hutan Kita

Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Sabah (Sepa) menggesa kerajaan untuk mengeluarkan keseluruhan Seksyen 15 daripada Enakmen Perhutanan Sabah 1968.

Presidennya, Wong Tack, berkata kerajaan perlu mengeluarkan Seksyen 15 daripada enakmen itu kerana ia dapat melindungi akta berkenaan daripada disalahgunakan oleh mereka yang memegang kuasa.

Beliau mendakwa ada penyalahgunaan terhadap Seksyen 15 apabila ia membenarkan pencerobohan terhadap 155 ekar tanah Hutan Simpan Kukusan dan Bukit Trig, Tawau oleh syarikat berasal dari Hong Kong.

Sehubungan itu, katanya, Sepa ingin mengetahui alasan pemimpin kerajaan yang menurunkan tahap hutan lindung dari kelas 1 kepada kelas 2 di hutan komersil dan seterusnya membenarkan syarikat luar untuk memasukkan ia ke dalam perjanjian untuk ikon landskap dan khazanah alam sepenuhnya. Ia juga berpotensi dijadikan tempat bahan buangan sisa toksik.


Ahli Politik Tidak Yakin SPR??

Parti politik di Sarawak diseru untuk berhubung secara terus dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan berhubung daftar pemilih.

Menurut Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, tindakan menggunakan pihak ketiga atau media untuk mengemukakan sesuatu isu atau pertanyaan seolah-olah mempersoal dan memperlekehkan integriti SPR.

Saya benar-benar berharap agar parti politik di Sarawak berhubung terus dengan SPR jika mempunyai sebarang keraguan, dan kita akan cuba jelaskan atau jika anda mem-punyai fakta atau bukti jelas berhubung sesuatu perkara, kita boleh siasat dengan agensi lain.

Bukan bermaksud SPR tidak sanggup terima kritikan, tetapi kena berlaku adil kerana sama ada ia dilakukan sengaja atau tidak sengaja, ia menampakkan integriti SPR dipersoalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perjumpaan bersama parti politik dan media bagi memberi taklimat peraturan-peraturan baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang di sini, semalam.

Sesi soal jawab selepas sesi taklimat semalam sedikit kecoh setelah Menteri Muda Perumahan Abdul Karim Rahman Hamzah menegur seorang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpotensi, Dr Michael Teo yang mempersoalkan integriti dan kejujuran SPR dalam membawa kotak undi di kawasan pedalaman.


Kibar Bendera Kian Terhakis??

Rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum, agama dan fahaman politik diminta menghayati nilai kebebasan dan menghargai kemajuan hasil kemerdekaan negara.

Aktivis sosial, Wan Zain Syed Mohdzar berkata, semangat mengibarkan bendera Jalur Gemilang dalam kalangan rakyat seolah-olah semakin luntur pada era globalisasi.

“Hari ini, 1 Ogos (semalam) sepatutnya sudah ada kediaman, pejabat-pejabat kerajaan, bangunan atau kenderaan mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda patriotik dan menyayangi negara,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Beliau memberitahu, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kemungkinan rakyat malu untuk mengibarkan bendera kebangsaan pada Bulan Kemerdekaan negara.

“Faktor fahaman politik, sambutan perayaan yang pelbagai, tiada semangat patriotik dan menunggu arahan atau surat pekeliling antara sebab bendera kebangsaan kurang di-kibarkan,” ujarnya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...