Tuesday, August 7, 2012

Parit Sumbat Salah Siapa?

Kira-kira 100 penduduk yang tinggal di kawasan Jalan Hua Tai No. 2 Sarikei kini berhadapan dengan masalah sistem perparitan yang tidak terurus salirannya.

Masalah ini turut mengundang seribu satu masalah lain dan antara yang menjadi kerisauan penduduk di kawasan terbabit ialah masalah pembiakan nyamuk yang kian meruncing dan bertambah di kawasan air bertakung dan masalah bau busuk daripada air parit yang bertakung.

Perkara ini turut mendapat maklum balas positif daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok Dr Wong Hua Seh dan sebaik sahaja beliau dimaklumkan oleh penduduk setempat mengenai masalah itu semalam, beliau serta rombongannya bergegas ke lokasi yang dimaksudkan untuk melihat sendiri keadaan dan masalah tersebut.

Dr Wong berkata berdasarkan pengamatannya sewaktu mengunjungi tempat tersebut, beliau mendapati bahawa parit di kawasan terbabit tidak diselenggara dengan baik oleh pihak yang bertanggungjawab.

“Jika kita lihat keadaan parit yang dimaksudkan oleh penduduk di kawasan terbabit, kita mendapati ia sudah tidak diuruskan dalam suatu tempoh yang agak panjang.


Rakyat Malaysia Prihatin

Lebih 100 penduduk kurang berkemampuan dari sekitar Kota Samarahan masing-masing menerima sumbangan sempena Hari Raya Aidilfitri malam Ahad lalu.

Sumbangan itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Datuk Seri Mohammad Ali Mahmud di kediamannya, di sini.

Para penerima sumbangan adalah terdiri daripada warga tua, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) serta anak-anak yatim.

Sumbangan raya itu merupakan program tahunan anjuran Pergerakan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Muara Tuang.


Wong Judat Diambil Tindakan Disiplin

Barisan Nasional (BN) negeri Sarawak menyerahkan sepenuhnya kepada pemimpin tertinggi Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) untuk tindakan sewajarnya ke atas ahlinya Wong Judat.

Judat yang juga ADUN Meluan menarik balik hasrat keluar daripada parti itu tetapi tetap berkeras untuk bertanding di Parlimen Julau jika penyandangnya Datuk Joseph Salang daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS) dikekalkan.

Susulan tindakan Wong Judat itu, Setiausaha Agung BN Negeri Datuk Stephen Rundi Utom berkata SPDP perlu mendisiplinkannya dan memastikan beliau mematuhi persefahaman yang diamalkan dalam BN.

Saya harap SPDP akan memandang serius perkara ini dengan semangat Satu BN untuk memastikan kita (BN) mampu menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...